Tambahan maklumat Vortex Misteri Perkuburan Cina, Gurun.
Location: Perkuburan Cina Sg. Badak, Gurun, Kedah.
Date: 14 September, 2005 @ 9.30 p.m
Camera: Canon EOS888 @ Kodak ISO200
Latar Belakang:
-------------------
Gambar ini telah dirakam bersama pasukan penyelidik yang telah membawa saya ke tempat ini. Dalam gambar ini terdapat vortex serta vapor ecto. Dalam pos sebelum ada pengunjung menyatakan bahawa vortex ini merupakan ular saka. Saya begitu tertarik dengan istilah ini sehingga memaksa saya menzoom sekali lagi pada gambar ini tetapi saya tidak mendapati ular yang dimaksudkan, sebaliknya saya mendapati bahawa vortex berkenaan mempunyai getaran pada bahagian belakang dan saya mendapati pula bahawa pada vapor ecto terdapat wajah misteri.
----------
Gambar ini telah dizoom sehingga 500% dan saya mendapati bahawa terdapat wajah misteri pada vapor ecto ini. Mengikut pengkaji-pengkaji sebelum, vapor ini kelihatan berwarna hijau kerana suhunya yang sejuk dan juga kemungkinan disebabkan warna semula jadi objek misteri berkenaan.
Gambar di bawah pula ada pengunjung anggap sebagai ular saka tetapi mengikut kajian dan zoom yang telah saya buat saya dapati bahawa sebenarnya ia adalah vortex cahaya yang bergerak pada kadar kelajuan yang tinggi sehingga meninggalkan kesan getaran pada bahagian belakang.
Hasil Analisis:-----------------
Kajian ini dibuat sebagai reaksi pandangan pengunjung dan saya sangat menghargai pandangan demikian kerana membawa suatu bentuk arahan penyelidikan lanjutan.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
26 September, 2005.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH

Gambar kedua pula memperlihatkan perubahan warna misteri pada bahu salah seorang daripada pasukan saya yang kelihatan terdapat warna merah keemasan. Selepas saya zoom pada bahagian ini dan analisis dengan perisian Turbo Photo Editor saya dapati bahawa terdapat spot berwarna biru dan bahagian ini jika dikaitkan dengan imej infra merah ia merupakan kawasan cold spot.
Jika anda perhatikan dengan teliti pada spot berwarna biru ini sebenarnya terdapat wajah misteri seorang wanita tetapi agak sayang kerana resolusi agak rendah menyebabkan gambar pecah.


Dalam gambar kedua ini saya dapati terdapat wajah misteri seorang wanita. Selain daripada itu, pada pandangan saya wanita misteri ini berusia berusia lingkungan 30an.

Keempat, perhatikan pula gambar ini terdapat wajah misteri seorang wanita yang kelihatan sedang tersenyum yang berada di sebelah kiri saya.
Ini pula merupakan terdapat seseorang sedang berdiri menjeling ke arah di mana pihak pengurusan sekolah sedang berdiri. Perhatikan seseorang kelihatan sedang berdiri dan hasil analisis adalah seperti di bawah ini.
Bahagian ini pula merupakan salah satu orb yang agak jelas kelihatan. Dengan bantuan perisian komputer saya telah memproses bahagian ini sehingga kelihatan dengan jelas orb dan di dalam orb ini kelihatan terdapat wajah misteri.
Ini pula merupakan bahagian yang paling kontroversi di mana lencana sekolah ini kelihatan telah diganti dengan gambar seseorang. Perhatikan gambar ini di bawah ini.
Sebagai perbandingan, saya telah mengambil gambar lencana sekolah ini dengan menggunakan kamera video dan gambar adalah seperti di bawah.
Ini adalah sebagai perbandingan kedua-dua gambar ini untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri ke atas misteri ini.


Hasil Analisa:
Hasil Analisa:

Analisis:
Walau bagaimanapun, dalam imej ini memerlukan tumpuan dan imaginasi yang tinggi bagi membolehkan anda melihat wajah misteri. Dalam imej ini sebenarnya terdapat perlapisan sehingga terdapat banyak pembentukan imej wajah.
Bahagian ini pula memperlihatkan seorang wanita sedang berdiri di tepi jalan dan kelihatan imej wanita ini sedang mendukung kanak-kanak.
Hasil Analisa:
Analisis:
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Hasil Analisa:

b- Wajah lelaki misteri.
c- Wajah misteri di atas pokok.
d- Orb berbentuk kepala manusia.
e- Orb dengan wajah misteri.
f- Ectoplasm berbentuk tubuh manusia.
Hasil Analisa.