Wajah misteri pada daun pintu di kantin sekolah, Smk Gurun, Kedah.
Location: Kantin Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 1.46 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital
Latar Belakang:
----------------
Gambar ini telah diambil di kantin sekolah semasa majlis Hari Keluarga Islam dalam penyediaan daging untuk dimasak. Dalam gambar ini tanpa diproses anda boleh melihat terdapat wajah misteri pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak biru.
Analisis:
----------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Pada daun pintu ini jelas kelihatan terdapat wajah misteri seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.
Untuk memastikan gambar ini adalah wajah misteri saya telah merakam semula pintu ini dengan menggunakan Video kamera pada 9 Ogos, 2005 pada jam 7.05 p.m dan dalam rakaman ini saya tidak merakam apa-apa wajah misteri pada daun pintu. Imej di bawah ini adalah hasil yang dirakam pada hari tersebut.
Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Persoalannya, terlalu sukar dimengertikan kerana saya telah menjalankan kajian terperinci ke atas daun pintu ini.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
3 September, 2005.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home