Thursday, September 01, 2005

Wajah-wajah misteri tempat letak motosikal, Smk Gurun, Kedah.

Picture by: Mr. Chong Hooi Yong.
Location: Tempat letak motosikal pelajar, Smk Gurun, Kedah.
Date: 24 Julai, 2005 @ 7.04 a.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital

Latar Belakang:
--------------
Kawasan letak motosikal ini terletak di tepi padang berdekatan dengan jalan raya. Tempat ini sebenarnya tidak ada apa-apa yang boleh dianggap pelik. Di dalam gambar di bawah ini terdapat banyak penampakan wajah-wajah misteri. Untuk memudahkan kajian ini saya telah tandakan bahagian positif dengan kekotak bertanda merah yang akan dianalisis dari sebelah kiri ke kanan seperti dalam gambar yang ditunjukkan di bawah. Analisis:
---------
a- Susuk tubuh di atas pokok.
-----------------------------
Bahagian ini kelihatan terdapat susuk tubuh yang sedang duduk di atas dahan pokok. Untuk memastikan bahagian ini adalah positif, saya telah memperbesarkan imej dan dianalisa dengan perisian Turbo Photo Editor untuk memastikan bentuk tubuh entiti berkenaan. Cuba perhatikan siapa lembaga misteri ini? b- Wajah lelaki misteri.
------------------------
Bahagian ini sebenarnya agak sukar dikenal pasti melainkan anda mempunyai daya tumpuan yang tinggi atau anda memiliki komputer yang mempunyai resolusi yang tinggi. Untuk memastikan bahagian mempunyai wajah misteri, saya telah zoom bahagian ini sehingga 400% dan analisis selanjutnya dengan perisian Turbo Photo Editor dan akhirnya saya dapat hasil seperti di dalam gambar di bawah - wajah misteri seorang lelaki.c- Wajah misteri di atas pokok.
-------------------------------
Bahagian ini agak mudah dikenal pasti dengan melihat keadaan daun pokok yang agak luar biasa. Selepas dizoom dan dianalisis saya mendapati bahawa bahagian ini merupakan muka seseorang - pada pandangan saya memperlihatkan wajah seorang lelaki yang tua. Perhatikan gambar di bawah. d- Orb berbentuk kepala manusia.
--------------------------------
Orb ini agak ketara kerana kesan putih. Tetapi, jika dizoom dan dianalisis didapati bahawa orb ini sebenarnya kelihatan seperti kepala seseorang yang sedang tunduk ke bawah. Perhatikan gambar ini. e- Orb dengan wajah misteri.
----------------------------
Bahagian ini juga agak sukar dikenal pasti kecuali anda teliti. Bahagian ini setelah dizoom dan dianalisa terdapat wajah misteri di dalam orb kelihatan seseorang yang mempunyai bentuk mata yang tajam seperti di dalam gambar di bawah. f- Ectoplasm berbentuk tubuh manusia.
-------------------------------------
Bahagian ini amat sukar dikenal pasti tetapi keanehan ectoplasma di bahagian ini saya telah mengandaikan bahawa kawasan ini adalah positif dan selepas saya zoom sehingga 550% dan analisa dengan perisian Turbo Photo Editor barulah jelas kelihatan susuk tubuh manusia. Adakah anda dapat melihat seseorang di dalam gambar di bawah. Hasil Analisa.
-------------
Saya mendapati gambar ini sangat istimewa kerana telah merekodkan banyak wajah-wajah misteri. Apapun yang kita perolehi di dalam foto ini membuktikan bahawa ruang waktu bukan halangan kewujudan wajah-wajah misteri. Yakni, wajah-wajah misteri ini wujud tanpa mengira waktu.

Jika anda mempunyai pandangan atau pendapat mengenai gambar ini, sila poskan komen anda.


Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

1 September, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.