Misteri lencana sekolah, Orb dan wanita misteri, Smk Gurun, Kedah.
Picture by: En. Mohd. Rosli Abdullah
Location: Depan Pejabat Sekolah – Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 8.29 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital
Latar Belakang:
------------------
Gambar ini telah diambil di kantin sekolah semasa majlis Hari Keluarga Islam di depan pejabat sekolah semasa menanti ketibaan tetamu utama. Dalam gambar ini tanpa menggunakan perisian kewujudan wajah-wajah misteri dapat dikesan dengan mudah walaupun bahagian tertentu saya telah gunakan bantuan perisian untuk mengenal pasti kewujudan entiti pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak merah.
Analisis:
----------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Sebenarnya di dalam gambar ini terdapat banyak wajah-wajah misteri telah direkodkan oleh gambar ini seperti yang saya terangkan di bawah.
Gambar di bawah merupakan bahagian yang telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo dan juga Mega View, perhatikan gambar ini yang memperlihatkan lembaga misteri mungkin seorang wanita yang serba keputihan berada di atas tangga.
Ini pula merupakan terdapat seseorang sedang berdiri menjeling ke arah di mana pihak pengurusan sekolah sedang berdiri. Perhatikan seseorang kelihatan sedang berdiri dan hasil analisis adalah seperti di bawah ini.
Bahagian ini pula merupakan salah satu orb yang agak jelas kelihatan. Dengan bantuan perisian komputer saya telah memproses bahagian ini sehingga kelihatan dengan jelas orb dan di dalam orb ini kelihatan terdapat wajah misteri.
Ini pula merupakan bahagian yang paling kontroversi di mana lencana sekolah ini kelihatan telah diganti dengan gambar seseorang. Perhatikan gambar ini di bawah ini.
Sebagai perbandingan, saya telah mengambil gambar lencana sekolah ini dengan menggunakan kamera video dan gambar adalah seperti di bawah.
Ini adalah sebagai perbandingan kedua-dua gambar ini untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri ke atas misteri ini.
Hasil Analisa:
----------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Analisis yang saya buat ini sekadar untuk menyedarkan kita bahawa ruang ini kita kongsi bersama dengan entiti yang tidak kelihatan. Dalam masa yang sama kita harus menghormati kewujudan mereka sama seperti ketika mereka wujud di alam fizikal.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
4 September, 2005.
Location: Depan Pejabat Sekolah – Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 8.29 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital
Latar Belakang:
------------------
Gambar ini telah diambil di kantin sekolah semasa majlis Hari Keluarga Islam di depan pejabat sekolah semasa menanti ketibaan tetamu utama. Dalam gambar ini tanpa menggunakan perisian kewujudan wajah-wajah misteri dapat dikesan dengan mudah walaupun bahagian tertentu saya telah gunakan bantuan perisian untuk mengenal pasti kewujudan entiti pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak merah.
Analisis:----------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Sebenarnya di dalam gambar ini terdapat banyak wajah-wajah misteri telah direkodkan oleh gambar ini seperti yang saya terangkan di bawah.
Gambar di bawah merupakan bahagian yang telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo dan juga Mega View, perhatikan gambar ini yang memperlihatkan lembaga misteri mungkin seorang wanita yang serba keputihan berada di atas tangga.
Ini pula merupakan terdapat seseorang sedang berdiri menjeling ke arah di mana pihak pengurusan sekolah sedang berdiri. Perhatikan seseorang kelihatan sedang berdiri dan hasil analisis adalah seperti di bawah ini.
Bahagian ini pula merupakan salah satu orb yang agak jelas kelihatan. Dengan bantuan perisian komputer saya telah memproses bahagian ini sehingga kelihatan dengan jelas orb dan di dalam orb ini kelihatan terdapat wajah misteri.
Ini pula merupakan bahagian yang paling kontroversi di mana lencana sekolah ini kelihatan telah diganti dengan gambar seseorang. Perhatikan gambar ini di bawah ini.
Sebagai perbandingan, saya telah mengambil gambar lencana sekolah ini dengan menggunakan kamera video dan gambar adalah seperti di bawah.
Ini adalah sebagai perbandingan kedua-dua gambar ini untuk membolehkan anda membuat penilaian sendiri ke atas misteri ini.Hasil Analisa:
----------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Analisis yang saya buat ini sekadar untuk menyedarkan kita bahawa ruang ini kita kongsi bersama dengan entiti yang tidak kelihatan. Dalam masa yang sama kita harus menghormati kewujudan mereka sama seperti ketika mereka wujud di alam fizikal.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
4 September, 2005.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home