Wajah misteri di Air Terjun atas Batu Hampar, Gurun, Kedah..
Location: Air Terjun Batu Hampar Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 10.51 a.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital
Latar Belakang:
----------------
Gambar ini telah diambil semasa Jungle Tracking dalam perkhemahan Unit-unit Beruniform sekolah. Di dalam gambar ini terdapat satu pembentukan wajah misteri di atas batuan mendak pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak merah di dalam gambar di bawah.

Analisis:
----------
Gambar ini telah dizoom sehingga 263% menggunakan perisian MsOffice Picture Manager dan dianalisa menggunakan perisian MegaView dan juga Turbo Photo Editor. Hasilnya di dapati bahawa pembentukan wajah di atas permukaan batu bukan kebetulan kerana terdapat sepasang mata yang jelas. Ianya sukar disangkal bahawa ia adalah wajah misteri.

Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa kawasan air terjun ini memang wujud entiti. Jika diperhatikan wajah misteri ini, ia memiliki gigi taring seakan-akan sebahagian daripada wajah haiwan.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
1 September, 2005.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home