Thursday, September 15, 2005

Wajah misteri di atas pokok!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Depan Pejabat Sekolah, SMK Gurun, Kedah.
Date: 9hb Ogos, 2005 @ 6.45 p.m
Camera: Sony TRV27E – kamera Video


Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini telah diambil dengan menggunakan kamera video di depan pejabat sekolah semasa pelajar sesi petang berbaris untuk balik. Dalam gambar ini terdapat wajah misteri seorang lelaki dan perempuan pada bahagian yang saya telah tandakan dengan kotak berwarna merah.Analisis:
----------
Imej video ini telah saya lihat beberapa kali dan mendapat terdapat wajah misteri pada pokok berkenaan. Proses zoom telah digunakan dengan menggunakan perisian Windows Picture and Fax Viewer serta dianalisis pula dengan menggunakan perisian Turbo Photo Editor dan saya telah mendapat wajah misteri seperti di bawah.

Dalam gambar ini, dengan jelas sekali kelihatan terdapat imej seorang lelaki. Perhatikan mata wajah misteri ini sangat luar biasa.Dalam gambar kedua ini saya dapati terdapat wajah misteri seorang wanita. Selain daripada itu, pada pandangan saya wanita misteri ini berusia berusia lingkungan 30an.Hasil Analisis:
----------------

Hasil daripada analisis, saya membuat kesimpulan bahawa imej ini memperlihatkan terdapat imej wanita dan lelaki misteri. Malangnya, tidak diketahui siapakah mereka ini!

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

15 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.