Thursday, September 22, 2005

Cahaya vortex kuning bersama gambar pelajar!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: SMK Gurun
Date: 14 September, 2005
Camera: Canon EOS888 @ Kodak ISO200

Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini telah diambil di SMK Gurun sempena perayaan Malam Mesra Perayaan Tanglung 2005 peringkat sekolah. Dalam gambar ini terdapat cahaya vortex yang telah dirakam pada bahagian yang telah ditanda dengan kotak berwarna merah.

Analisis:
----------

Dalam gambar ini, yang jelas sekali terdapat vortex berwarna kuning yang bergerak pada kelajuan yang tinggi meninggalkan kesan getaran kelihatan seperti tali.

Setelah gambar ini dizoom saya dapati bahawa bahagian depan vortex ini adalah vortex yang halus atau solid tetapi pada bahagian belakang kelihatan seperti tali. Berdasarkan teori yang dibuat oleh Dr. Dave Oester saya berpendapat bahawa getaran ini berlaku kerana kelajuan dan kamera yang juga merakam pada kelajuan yang hampir sama atau sama menyebabkan wujud vortex kelihatan seperti tali.

Hasil Analisis:
-----------------

Walaupun gambar ini tidak menunjukkan banyak aktiviti misteri tetapi gambar ini berjaya merakamkan kehadiran roh dari kawasan ini di mana saya mempercayai bahawa kegagalan saya merakamkan kewujudan roh di kawasan perkuburan Cina pada malam yang sama mungkin ada kaitan dengan aktiviti yang diadakan di sekolah ini yang melibatkan waris pelajar.

Sebagai maklumat tambahan sila baca artikel ini:

http://www.ghostweb.com/ripple.html

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

21 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.