Wajah misteri Kawasan Air Terjun Batu Hampar Gurun, Kedah.
Location: Kawasan Air Terjun Batu Hampar, Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 9.58 a.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital
Latar Belakang:
----------------
Tidak disangka gambar yang diambil di kawasan Air Terjun Batu Hampar ini telah merekodkan wajah misteri yang hampir-hampir tidak dapat dikesan. Walau bagaimanapun, wajah misteri ini dapat dikesan semasa saya sekadar zoom dengan menggunakan perisian Mega View 8.0. Kawasan aktif dengan wajah misteri telah ditandakan dengan kotak berwarna merah seperti di dalam gambar di bawah.

Analisis:
--------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Hasilnya di dapati bahawa terdapat beberapa pembentukan wajah misteri.
Pada pandangan saya, wajah ini sebenarnya sangat jelas dan dengan bantuan perisian Turbo Photo Editor saya berjaya mengesan sepasang anak mata dan saya agak pasti bahawa wajah misteri ini kelihatan seperti wajah seorang wanita seperti di dalam gambar di bawah.

Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Persoalannya, terlalu sukar dimengertikan atau entiti ini merasa hairan mengapa terlalu ramai orang datang di kawasan teritorinya.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
2 September, 2005.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home