Saturday, September 03, 2005

Wajah misteri dalam gelap,Laluan utama Smk Gurun, Kedah

Picture by: Pn. Roziah Hj. Ramli
Location: Laluan utama, Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Julai, 2005 @ 8.23 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini diambil semasa jamuan pada malam Hari Keluarga Islam 2005. Dalam gambar ini telah merekodkan suatu misteri yang telah ditangkap di dalam gambar ini. Wajah misteri ditangkap pada bahagian yang telah ditandakan dengan kekotak berwarna merah. Analisis:
--------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Windows Picture and Fax Viewer dan juga Turbo Photo Editor. Hasilnya di dapati bahawa terdapat beberapa pembentukan wajah misteri.

Wajah yang pertama kelihatan di atas tiang yang memperlihatkan wajah misteri. Walau bagaimanapun, dalam imej ini memerlukan tumpuan dan imaginasi yang tinggi bagi membolehkan anda melihat wajah misteri. Dalam imej ini sebenarnya terdapat perlapisan sehingga terdapat banyak pembentukan imej wajah. Bahagian ini pula memperlihatkan seorang wanita sedang berdiri di tepi jalan dan kelihatan imej wanita ini sedang mendukung kanak-kanak. Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Persoalannya, terlalu sukar dimengertikan.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

2 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.