Tuesday, September 13, 2005

Cahaya Misteri Dalam Gambar!

Picture by: Gambar Fail Najwa Bt. Abu Hassan
Location: Koridor Kelas 1D, 2004.
Date: 5hb September, 2004
Camera: Olympus @ Kodak ISO 200

Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini merupakan gambar fail daripada pelajar yang saya pinjam di mana dalam gambar ini telah merakamkan cahaya misteri pada bahagia yang telah saya tandakan dengan kotak merah.Analisis:
----------
Sebenarnya gambar ini telah merakamkan entiti iaitu pada bahagian yang kelihatan seolah-olah terbakar atau terlindung. Saya telah memeriksa negatif gambar ini dan saya dapati bahawa gambar ini sahaja yang mempunyai objek misteri.

Jika berdasarkan kepada imej infra merah secara teori saya dapati bahawa cahaya putih ini adalah entiti kerana pada bahagian tepi kelihatan berwarna merah yang menunjukkan kawasan ini mempunyai suhu yang tinggi akibat pertembungan suhu lampau daripada suhu persekitaran sebenar.

Gambar ini juga didapati tidak terlindung dengan sebarang objek yang melindungi lens kamera kerana jika terlindung dengan objek yang solid maka bahagian misteri ini sepatutnya akan bertukar kepada warna hitam.

Selain daripada itu, jika diperhatikan arah gambar ini diambil kamera tidak menghadap cahaya matahari. Perhatikan bayang-bayang yang terdapat pada gambar ini.

Hasil Analisis:
----------------

Hasil daripada analisis saya berpendapat bahawa objek misteri ini sebenarnya merupakan entiti yang telah dirakam pada jarak dekat dan tidak ada kesan atau tanda-tanda yang membuktikan bahawa bahagian ini telah terlindung dengan objek nyata.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

12 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.