Friday, September 02, 2005

Wajah misteri di dalam kaca almari, Smk Gurun, Kedah

Picture by: Pn. Roziah Hj. Ramli
Location: Bilik Mesyuarat, Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Julai, 2005 @ 9.18 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini diambil semasa jamuan pada malam Hari Keluarga Islam 2005. Dalam gambar ini telah merekodkan suatu misteri yang telah ditangkap di dalam gambar ini. Wajah misteri ditangkap pada bahagian yang telah ditandakan dengan kekotak berwarna merah.Analisis:
--------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Hasilnya di dapati bahawa terdapat kepala berwarna merah jambu yang terdapat di dalam almari kaca dengan mata yang terbelalak besar. Walau bagaimanapun, tanpa bantuan teknologi kewujudan wajah misteri ini juga masih dapat dikesan seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Persoalannya, terlalu sukar dimengertikan mengapa entiti ini hanya memperlihatkan bahagian kepala sahaja dan kelihatan tanpa rambut?Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

2 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.