Sunday, September 04, 2005

Orb dan Wajah wanita misteri di kantin sekolah, Smk Gurun, Kedah.

Picture by: En. Abd. Kadir Mat Deh
Location: Kantin Smk Gurun, Kedah.
Date: 28 Mei, 2005 @ 1.46 p.m
Camera: Canon Powershot S1 - Digital

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini telah diambil di kantin sekolah semasa majlis Hari Keluarga Islam dalam penyediaan daging untuk dimasak. Dalam gambar ini tanpa diproses anda boleh melihat terdapat wajah misteri pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak merah.

Analisis:
--------
Gambar ini telah dizoom sehingga 400% menggunakan perisian Mega View dan juga Turbo Photo Editor. Pada bahagian yang ditandakan dengan kotak merah terdapat wajah misteri seorang wanita yang tidak kelihatan. Tetapi, jika anda mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi anda boleh melihat dan dengan resolusi komputer yang tinggi juga dapat membantu anda melihat wajah misteri ini dengan lebih jelas. Gambar di bawah merupakan bahagian yang telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo dan juga Mega View, perhatikan pada bahagian berwarna putih. Dapatkah anda melihat wajah seorang wanita?

Gambar ini sebenarnya telah mengesahkan penemuan dalam gambar di bawah yang terdapat orb. Selepas dianlisis saya dapati bahawa wujud wajah misteri ini. Jika anda perhatikan gambar di bawah dengan gambar di atas sekali telah diambil dengan perbezaan masa 1 minit sahaja.


Gambar kedua ini membuktikan bahawa orb yang ditemui dalam gambar pertama sebenarnya adalah wajah misteri dan gambar sebenar adalah dalam gambar ini. Hasil Analisa:
-------------
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa pada masa berkenaan memang terdapat entiti yang telah direkodkan di dalam foto. Cuma apa yang menjadi persoalan ialah siapa sebenar wajah misteri ini?

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

3 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.