Entiti di hadapan saya!
Location: Kelas 2E/3E, SMK Gurun, Kedah
Date: 28 Mei, 2005 @ 5.02 p.m
Camera: Canon Max @ Filem Konica 100 ISO.
Latar Belakang:
------------------
Gambar ini telah diambil pada waktu rehat sebaik sahaja saya selesai buat perbincangan. Kebetulan pada hari itu ramai pelajar tidak hadir. Di dalam kelas hanya terdapat 7 orang pelajar yang telah bergabung dengan pelajar kelas lain kerana hari yang sama guru-guru kebanyakannya terlibat dengan persediaan malam Hari Keluarga Islam. Perhatikan gambar di bawah yang kelihatan rosak dan wajah misteri telah saya tandakan dengan kotak berwarna merah.
Analisis:
----------
Dalam gambar ini ialah saya sendiri, jika anda perhatikan gambar ini terdapat bahagian hadapan yang seakan-akan terbakar tetapi sebenarnya kerosakan ini bukan disebabkan oleh kerosakan teknikal tetapi akibat daripada kewujudan roh atau entiti. Perhatikan gambar di bawah ini. Gambar telah discan dengan menggunakan scanner pada resolusi 600 dpi.Mungkin ada yang menyatakan bahawa ini disebabkan oleh kanta yang terlindung dengan jari! Baik, sekarang saya akan memberikan beberapa sokongan untuk analisis ini. Pertama, pada masa gambar ini diambil, cuaca adalah sangat panas tetapi secara tiba-tiba saya merasa terdapat perubahan suhu di hadapan saya seolah-olah terdapat hawa dingin dan saya tahu pada masa itu terdapat objek asing di hadapan saya. Perhatikan gambar di bawah pula, gambar ini diambil dalam selang 1 minit tetapi gambar ini tiada kesan bakar atau kawasan berwarna putih.
Ketiga, perhatikan gambar di bawah ini, terdapat wajah misteri seorang tua. Adakah anda dapat melihatnya? Jika anda perhatikan dengan tepat pasti anda dapat melihat wajah misteri ini.
Keempat, perhatikan pula gambar ini terdapat wajah misteri seorang wanita yang kelihatan sedang tersenyum yang berada di sebelah kiri saya.
Hasil Analisa:
----------------
Gambar ini begitu jelas bahawa ia telah merekodkan wajah misteri. Apa yang istimewa pada diri saya sendiri, gambar ini telah mengesahkan kemampuan saya sendiri mengesan aktiviti entiti pada masa berkenaan.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
7 September, 2005.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home