Monday, September 19, 2005

Cahaya vortex pada gambar pasukan saya!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Cina, Kg. Sg. Badak, Gurun.
Date: 14 September, 2005 @ 9.35 p.m
Camera: Canon EOS888 @ Kodak ISO200

Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini telah diambil di perkuburan Cina, Kg. Sg. Badak, Gurun bersama dengan pasukan penyelidik. Kami tiba di kawasan ini pada jam 9.25 malam dan berada di sana kira-kira 15 minit. Saya telah mengambil 6 keping gambar di kawasan ini tetapi malangnya 4 daripadanya tidak merakam apa-apa kecuali gambar ini iaitu pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak merah. Analisis:
----------
Dalam gambar ini, yang jelas sekali terdapat vortex berwarna hijau dan mengikut teorinya entiti ini bersuhu sejuk seperti gambar di bawah. Gambar kedua pula memperlihatkan perubahan warna misteri pada bahu salah seorang daripada pasukan saya yang kelihatan terdapat warna merah keemasan. Selepas saya zoom pada bahagian ini dan analisis dengan perisian Turbo Photo Editor saya dapati bahawa terdapat spot berwarna biru dan bahagian ini jika dikaitkan dengan imej infra merah ia merupakan kawasan cold spot. Jika anda perhatikan dengan teliti pada spot berwarna biru ini sebenarnya terdapat wajah misteri seorang wanita tetapi agak sayang kerana resolusi agak rendah menyebabkan gambar pecah.

Hasil Analisis:
----------------

Walaupun gambar ini tidak menunjukkan banyak aktiviti misteri tetapi gambar ini berjaya merakamkan kehadiran roh dari kawasan ini.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

19 September, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.