Wednesday, August 31, 2005

Orb Paling terkenal di Kelas 2D/3D, Smk Gurun, Kedah.

Picture By: Mr. Chong Hooi Yong
Location: Kelas 2D/3D
Camera: Canon Powershot S1 - Digital.
Date: 03 July, 2005 @ 11.45 a.m
Analysis Softwares: Paint, Window Picture and Fax View, MsOffice Picture Manager & Turbo Photo Editor.

Latar belakang:
---------------
Gambar ini merupakan gambar pertama yang telah merakamkan kewujudan orb semasa program sayangi anakku. Kewujudan orb ini sebenarnya tidak disedari sehingga gambar ini telah saya analisis. Gambar asal adalah seperti di di bawah.
Untuk tujuan analisis, saya telah menandakan bahagian orb yang terdapat di dalam gambar ini dengan perisian Paint untuk memudahkan anda mengesan kewujudan orb positif.
Analisis:
--------
Di bawah ini merupakan gambar yang telah dizoom sehingga 500% dan telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo Editor. Hasil analisa memperlihatkan bahawa di dalam orb ini terdapat wajah misteri yang sangat ketara berupa wajah tengkorak seperti gambar di bawah.
Keputusan:
------------
Apa yang saya boleh katakan mengenai hasil keputusan analisis ini ialah bahagian ini adalah positif kerana di dalam orb terdapat gambar wajah misteri. Malahan tidak dapat disangkal bahawa orb ini bukan debu atau kotoran pada kanta kamera. Kewujudan orb ini pada siang hari membuktikan bahawa hantu bukan hanya wujud pada waktu malam tetapi waktu bukan lagi halangan terhadap penampakan hantu.
Jika anda mempunyai pertanyaan atau cadangan atau komen dipersilakan memberikan komen pada bahagian komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
31 Ogos, 2005

Tuesday, August 30, 2005

Wajah misteri (orbs) dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2005, SMK Gurun, Kedah.

Picture By: Mr. Chong Hooi Yong
Location: SMK Gurun's Hall.
Camera: Canon Powershot S1 - Digital.
Date: 03 July, 2005 @ 9.30 a.m
Analysis Softwares: Paint, Window Picture and Fax View, MsOffice Picture Manager & Turbo Photo Editor.

Latar belakang:
----------------
Gambar ini telah lama saya kenalpasti mempunyai orb tetapi baru sahaja diupload untuk dikongsi bersama. Gambar di dalam analisis ini telah diperbesarkan sehingga 400% dan telah diproses sehingga bahagian positif dengan wajah misteri di dalam orb. Di bawah ini merupakan gambar asal yang belum diproses dan tiada apa yang anda lihat melainkan jika anda mempunyai pengetahuan untuk melihat benda berkenaan.
Gambar Analisis:
------------------
Gambar ini pula sebenarnya mempunyai banyak poin yang positif dengan orb tetapi cukup sekadar yang memberi satu contoh di mana bahagian yang telah saya tandakan dengan tanda merah.
Jika anda perhatikan di dalam orb ini terdapat wajah misteri berbentuk tengkorak. Adakah anda bersetuju? Sebenarnya banyak lagi gambar yang telah dirakam di dalam majlis ini yang mempunyai orb tetapi hanya 2 keping gambar ini telah saya masukkan di sini.
Hasil kajian:
---------------
Satu perkara yang menarik yang saya dapat simpulkan di sini iaitu, hantu atau roh boleh wujud dalam semua keadaan. Maknanya, hantu atau roh tidak dikongkong oleh waktu. Mereka wujud bila-bila. Jadi kenapa harus ditakuti? tetapi malangnya lingkungan masyarakat kita telah menanam satu kebiasaan iaitu sikap fobia pada kegelapan kerana dikaitkan dengan roh atau hantu padahal gambar ini membuktikan ruang waktu tidak mempengaruhi kewujudan roh.
Jika anda ada komen, dipersilakan memasukkan komen pada ruang komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
29 Ogos, 2005

Thursday, August 25, 2005

Wajah misteri Air Terjun Batu Hampar, Gurun, Kedah.

Picture by: Chong Soon Feng
Location: Air Terjun Batu Hampar, Gurun, Kedah.
Camera : Unknown.
Software Used: Paint, Windows Picture and Fax Viewer and Turbo Photo Editor & MsOffice Picture Manager.

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini diambil oleh pelajar saya untuk dijadikan lampiran di dalam kajian geografi. Lokasi gambar ini diambil ialah Air Terjun Batu Hampar, Gurun. Semasa saya memeriksa kajian pelajar berkenaan dan mendapati bahawa gambar ini terdapat wajah misteri. Untuk memastikannya, saya telah scan gambar berkenaan dan analisa menggunakan perisian khas dan mendapati bahawa gambar berkenaan telah merekod wajah misteri. Gambar asal adalah seperti yang berikut. A) Wajah misteri yang tersenyum.
Jika anda perhatikan gambar di bawah, anda dapat melihat seolah-olah terdapat wajah yang sedang tersenyum. Apakah buktinya? cuba perhatikan anak mata yang kelihatan seperti mata yang hidup ini.

B) Wajah misteri tak dikenali.
Analisa kedua ini saya dapati kelihatan seperti kepada Batman. Jika diteliti, wajah ini kelihatan melihat ke bawah. Apa yang menjadi persoalan ialah wajah ini memiliki telinga yang tajam, hidung yang tajam dan seakan-akan wajah Batman!

Hasil Analisa:
-------------
Selepas membuat analisa ke atas gambar ini, saya mendapati bahawa kedua-dua wajah misteri ini bukan kebetulan. Sememangnya terlalu sukar diterima oleh kita tentang kewujudannya tetapi harus disedari bahawa kewujudan mereka adalah nyata dan perlu dihormati.

Jika anda ada pertanyaan atau maklumat lain berkenaan dengan kawasan air terjun ini sila tambahkan pada ruangan komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
25 Ogos, 2oo5

Wednesday, August 24, 2005

Beberapa Jawapan Berkaitan Warna Misteri Perkuburan Katolik, Sungai Layar.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Sungai Layar Catholic Cemetery, Sungai Petani, Kedah.
Date: 19 Ogos, 2005 @ 9.30 p.m
Camera: SLR Canon EOS88 @ Film Kodak ISO200.

Penemuan terbaru:
--------------------
Sebagai reaksi terhadap salah sekeping gambar yang telah saya pos di dalam blog ini, saya telah dapat menemui satu lagi penemuan menarik daripada gambar di bawah. Jika anda perhatikan gambar di bawah ini anda dapat melihat sebaris cahaya yang kelihatan dalam satu barisan yang berada di bahagian tengah gambar.
Apa yang menarik di sini, selepas saya membuat analisa dengan membuat 200% zoom di bahagian ini serta saya proses imej baru dengan Photo Turbo Editor saya telah mendapati bahawa cahaya berkenaan kelihatan seperti susuk tubuh manusia yang kelihatan seperti susuk tubuh lelaki di dalam satu barisan dan cahaya yang dikeluarkan adalah kebiruan.
Jawapan warna-warni cahaya vortex.
--------------------------------------
Saya telah membuat pembacaan mengenai cahaya vortex ini dan mendapati bahawa warna yang dikeluarkan itu adalah mewakili suhu roh berkenaan.
Dr. Larry Montz menyatakan bahawa warna biru mewakili roh atau hantu yang bersuhu sejuk manakala imej yang berwarna oren, merah dan kuning mempunyai suhu yang panas melalui imej infra merah. [ Dr. Larry Montz, International Society of Paranormal Research in Los Angeles. http://www.100megsfree4.com/farshores/pgadget.htm]
Tambah beliau lagi, kebiasaanya entiti mengeluarkan titik suhu sejuk tetapi terdapat juga kejadian titik suhu panas yang ditemui.
Kesimpulan:
-------------
Apa yang telah diperolehi di dalam gambar yang telah saya hantar sebelum ini sememangnya merupakan cahaya daripada entiti yang wujud di kawasan ini.
Jika pengunjung mempunyai komen atau pandangan tentang isu ini sila buat melalui butang komen di bawah. Sekian.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
24 Ogos, 2005

Tuesday, August 23, 2005

Cahaya Misteri Di Perkuburan Katholik, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Sungai Layar Catholic Cemetery, Sungai Petani, Kedah.
Date: 19 Ogos, 2005 @ 9.30 p.m
Camera: SLR Canon EOS88 @ Film Kodak ISO200.

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini merupakan gambar terbaru yang saya rakam sendiri pada hari Jumaat lepas selepas makan malam 'food Testing' bagi sub committee Sungai Petani Club yang bermula pada jam 7.30 malam di River Land Restoran dekat Kompleks Cayman, Sungai Petani. Selepas makan, saya meminta diri untuk balik tetapi sebelum balik saya sengaja mengambil beberapa keping gambar di kawasan perkuburan kristian protestant di Sungai Layar, Sungai Petani. Saya sampai di sana kira-kira jam 9.30 malam dan berada di sana lebih kurang 10 - 15 minit.

Sebaik sahaja saya sampai di sana, tidak ada apa-apa yang dapat dilihat kecuali kegelapan dan salib di kawasan perkuburan. Selepas 3 minit tanpa berbuat apa-apa, saya mula mendekati kawasan kubur dan memberi salam kepada penghuni di sana. Saya telah mengambil beberapa keping gambar di sana dan hasilnya tidak mengecewakan saya.

Dalam gambar di bawah ini, anda dapat lihat cahaya misteri yang terapung di udara, saya berpendapat bahawa cahaya ini datang daripada roh yang ada di kawasan perkuburan ini.


Gambar di bawah ini, anda boleh melihat beberapa cahaya vortex yang berwarna-warni yang memperlihatkan pergerakan roh.

Gambar yang ketiga pula, jika anda perhatikan terdapat banyak cahaya vortex yang sedang bergerak dari permukaan tanah ke udara.

Gambar yang terakhir ini pada pendapat saya lebih istimewa kerana terdapat beberapa penampakan selain daripada cahaya vortex yang kelihatan.


Salah satu penampakan yang agak ketara adalah pembentukan lembaga seorang tua tetapi terlalu sukar untuk menentukan jantinanya.


Gambar-gambar ini, merupakan gambar pertama yang saya ambil dengan keluar ke kawasan perkuburan untuk mengambil dan merakamkan keanehan kewujudan dunia misteri.

Jika anda berani dan tidak percaya tentang kewujudan dunia roh, keluarlah bersama kamera anda pergi sendiri membuat rakaman. Jika sebelum ini saya hanya melihat gambar seperti ini daripada kajian orang lain tetapi kini saya sendiri mendapat bukti bahawa kehidupan selepas mati benar-benar wujud.

Akhir sekali, sekiranya anda ada pandangan tentang gambar ini atau apa-apa pertanyaan anda boleh memberi komen anda.


Augustine Towonsing
Pengkaji.
23 Ogos, 2005

Sunday, August 21, 2005

Wajah misteri Air Terjun Sri Perigi, Yan, Kedah.

Photo By: Augustine Towonsing
Location : Sri Perigi, Yan, Kedah.
Date : 25 September, 2004
Camera : Sony Handycame DCR-TRV27E
Software: Window Picture and Fax Viewer, Paint and Photo Turbo Editor.
Hardware: Acer asprie 1690-WXGA Acer CrystalBrite TFT LCD.

Latar Belakang:
---------------
Lokasi gambar ini diambil terletak di Yan, Kedah bersempadan dengan Hutan Simpan Gunung Jerai. Air terjun ini telah meragut 3 nyawa pelajar lelaki dari SMK Yan yang datang dan telah memanjat air terjun tetapi malangnya ketiga-tiga mereka terjatuh dan mati di tempat kejadian. Semasa pengkaji berada di tempat ini bersama pelajar yang mengikuti kursus di Pusat Latihan Sri Perigi. Pada malam pertama pengkaji telah bermalam di dalam kereta lebih kurang 20 meter dari pondok Surau. Pada malam pertama satu kejadian pelik berlaku di mana arial radio telah dilantunkan dengan kuat dan pengkaji telah keluar untuk memeriksa kalau-kalau terdapat ranting atau dahan pokok yang terjatuh kerana kebetulan pengkaji letakkan kereta di bawah pokok selepas hujan lebat dan masa itu hujan renyai masih lagi turun. Tetapi, tiada dahan yang jatuh melainkan arial radio yang masih bergoyang. Pada masa yang sama, semasa pengkaji keluar daripada kereta, pengkaji biarkan pintu terbuka dan bergerak ke arah arial yang terletak di sebelah pemandu dan pada masa yang sama pintu tadi telah ditutup kuat walaupun pada masa yang sama tiada angin. Pengkaji memang perasan bahawa kejadian itu ada kaitan dengan gangguan makhluk ghaib tetapi tidak terfikir selepas setahun kemudian pengkaji dapat mengenalpasti bahawa memang wujud entiti di kawasan ini.
Gambar di bawah ini merupakan gambar digital yang pengkaji ambil menggunakan kamera video. Selepas menganalisis gambar ini dengan konsep meridian maka saya telah mendapati bahawa terdapat titik kawasan positif yang mewakili wajah-wajah misteri.
Background:
-------------
The location's where this picture captured located in Yan, Kedah which is the boudaries of forest reserve of Gunung Jerai. This waterfall has claimed 3 lifes of students from SMK Yan who was climbed and felt to death. I was here with students for some motivations camp and the first night I was slept in my car which was parked 20 meters away from a small hut call 'Surau'. At same night something mytery happened, I was inside the car when something felt on top of the car with a loud bang and it was the radio arial was swung and hit the roof of the car. At first, I though it just a small dead branch felt and hit the roof and same times, the haevy rain just stopped. I went out of the car and let the door open while I walked towards the arial. It the same time, all of suddent the door which were opened was closed very hard eventhough there's no strong wind blow. Somehow I made the conclusion that the event has the linked with the 'invisible person'. After a year, finally I discovered that the picture I had snapped a year ago has been recorded the unexplained mysterious faces.
The original picture as shown below which taken using Video Handycam and the analysis was done using Geographical Meridian Concept.
Analisis Gambar/Picture Analysis.
-----------------------------------
Untuk tujuan analisis berdasarkan konsep meridian pengkaji telah menandakan titik positif yang mewakili kawasan wajah-wajah misteri telah dirakam yang telah pengkaji tandakan dengan titik A - E seperti di dalam gambar di bawah bagi memudahkan anda mengikuti analasis ini.
For analysis, Geographical Meridian Concept was used to identify the positive area which recorded the myterious faces which I marked using alphabate A - E.
Spotted A - Wajah Misteri.
---------------------------
Bahagian ini, jelas kelihatan seperti wajah seseorang yang terbentuk daripada aliran air. Tetapi adakah kebetulan air sungai itu mengwujudkan wajah sekiranya tidak terdapat kuasa lain di bahagian ini.
This spot, you would see a face which were formed from the running water. But the questions is, It's possible this running water would form a face if there is no influence from the unseen power?
Spotted B - Wajah Misteri.
--------------------------
Bahagian ini agak jelas bentuk raut wajah misteri terbentuk daripada batuan. Tetapi apa yang menyakinkan pengkaji tentang spotted B sebagai wajah misteri dengan wujudnya anak mata yang bersinar seperti anak mata manusia. Cuba anda perhatikan gambar di bawah ini.
If you look carefully, you will see a shape of myterious face formed from the rocks. What was made me confident that this spotted B showing a misteriuos face was the eye which clearly shown at right hand side. Look at the pupil looks a live!
Spotted C - Wajah Misteri.
---------------------------
Bahagian ini juga jelas bahawa kelihatan raut wajah misteri yang aneh. Malahan pengkaji berpendapat bahawa wajah misteri ini lebih realistik dengan hidung yang jelas dan mulut yang terbuka.
This parts also clearly showing a face. In fact, I'm very confident that this face is realistict as shown in the picture below.
Spotted D - Objek Menyerupai haiwan.
---------------------------------------
Bahagian ini agak mengelirukan sebenarnya kerana jika anda seorang yang kurang pengamatan anda tidak mampu melihat objek menyerupai haiwan seakan-akan seekor anjing. Sebaliknya, anda mungkin melihat wajah misteri, walau bagaimanapun, pengkaji mengganggap bahawa spotted D ini terdapat beberapa objek misteri yang saling bertendehan.
This spot, I can't give guarantee that anyone can see what I can see. This parts really need full concentration or else you will see a different figure. If you with me, I could see a figure likes a dog. But, if you see other things than I believe that this particular spot have been recorded to many myterious faces.
Spotted E - Lembaga aneh sedang terjun.
------------------------------------------
Bahagian ini, jika anda perhatikan terdapa lembaga seperti manusia yang memiliki kepala yang lebih besar daripada anggota badan tetapi anggota tubuh amat jelas dalam aksi sedang terjun.
This spot, you would see a figure like human in jumping action.
Kesimpulan/Conclusion:
-------------------------
Daripada analisis beberapa spot di dalam gambar ini, jelas bahawa gambar ini telah merekod objek 'halus' yang tidak kelihatan yang menjadi komuniti tetap di kawasan air terjun ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa air terjun di Sri Perigi mempunyai entitinya sendiri yang pada pandangan pengkaji perlu dihormati.
Jika anda mempunyai komen atau pandangan mengenai kajian gambar ini anda boleh berkongsi dengan memasukkan komen anda pada komen.
From the analysis of the spotted area mentioned, I would like to suggest that this area which in the picture has thier own community of the entity which need to be respect as there are.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
21 Ogos, 2005

Wajah misteri di Modenas, Gurun, Kedah.

Photo Taken By: Heng Soo Teng
Location: Tembok Sign Board Modenas, Gurun, Kedah
Date: Undated, 2005 @ 4.30 p.m
Camera : Unknown
Researcher's Tools:
Software: Window Picture and Fax Viewer, Paint and Photo Turbo Editor.
Hardware: Acer asprie 1690-WXGA Acer CrystalBrite TFT LCD.
Background.
-------------
Fail gambar yang saya ketengahkan dalam blog kali ini adalah gambar yang diambil daripada gambar kajian pelajar yang telah diambil di Modenas, Gurun. Mengikut keterangan pelajar berkenaan, semasa gambar ini diambil tidak ada sesiapa di sana dan saya bersetuju dengan keterangan berkenaan kerana ramai pelajar yang menggunakan gambar yang sama untuk dijadikan lampiran di dalam Kajian Geografi tetapi tidak ada seorang pun yang menyedari terdapat objek misteri di dalam gambar.
The picture file which highligthed in this blog was taken from my student's project which were snapped from Modenas, Gurun, Kedah. According to person, during this picture was taken there was nobody in that area. I was agreed with the explanation where as so many students used the same picture for thier project but no one realised there are myterious objects in the picture.


Gambar di atas ini merupakan gambar yang telah saya ubahsuai daripada gambar asal yang telah discan, dizoom dan dianalisis menggunakan beberapa perisian termasuk Fax Viewer, Paint dan Photo Turbo Editor.

The picture above which were modified from the original were scaned, zoom and analyse using a few softwares including Fax Viewer, Paint and Turbo Photo Editor.


Analisis Foto:
--------------
Berdasarkan pengamatan dan analisis yang saya buat, terdapat 3 objek misteri yang telah saya kesan di dalam gambar ini:

According to my jurisdictions and analysis, there are 3 myterious objects which I believed to be something myterious:

1. Gambar lelaki di atas tembok. ( Male picture on the Wall)
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tembok ini mempunyai ketinggian lebih kurang 7 kaki tetapi persoalannya ketinggian lelaki berkenaan melebihi tembok berkenaan. Selain daripada itu, persoalan lain yang timbul ialah kelihatan rambut sebelah kiri lelaki berkenaan kelihatan telah dipotong dan kening sebelah kanan kelihatan bengkak dan cederan termasuk pada bahagian dahi hadapan. Selain daripada itu, kulit wajah lelaki ini agak pucat.

According to the reliable sources, the wall's height was about 7 feets from the ground. But the man's height is above the height of the wall which were uncommon in Malaysia. Other than that the hair at the left hand side extreamly short and the right hand side of the eye look like swallen or injured and the forehead too. If we look carefully to the skin colour, looks like dull in colour.

2. Gambar lelaki memakai topi (The man with helmet).
Lembaga misteri yang kedua ialah lelaki yang mempunyai perawakan tubuh yang kerdil tetapi kelihatan memakai topi seperti helmet tetapi lebih kelihatan seperti topi askar zaman British dan juga pakaian yang digunakan agak aneh.

The second myterious figures which looks smaller in size but look like wearing a motorbike helmet or more likely a helmet which worn helmet by a soldier during colonial and the shirt also looks uncommon.

3. Wajah aneh (Myterious face).
Wajah misteri ini sukar dikenali, kelihatan seperti wajah seorang wanita tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti wajah dan dibahagian kanan kelihatan wajah kanak-kanak tetapi sukar dikenalpasti sama ada wajah berkenaan adalah wajah manusia atau sebaliknya.

As for me, the last phenomenon looks like a face, it's once looks like a woman face but at the same times it looks like a unfamiliar face and there were a small face too like a small kid but both faces a difficult to determain.

Kesimpulan:
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa gambar ini telah mendekomentasikan bukti kewujudan roh atau roh manusia yang telah meninggal dunia. Ini membuktikan bahawa penampakan hantu tidak mengira waktu dan tempat dan kewujudan mereka ini mampu dirakam dengan teknologi moden walaupun sains menyangkal kewujudan intiti ini tetapi pada masa yang sama membantu pula membuktikan kewujudannya. Anda boleh memberikan komen mengenai gambar yang telah saya pos di sini. Saya memerlukan pandangan umum untuk mendapatkan analisis kajian tentang wajah-wajah misteri yang lebih bermakna.

The result for this research, suggest that this picture has recorded the proof of the existence of spirit or ghost. This is to proof that the ghost appearance are not limited to a time frame and thier existence can be recorded using modern technology which science disbelive but at the same times science help to proof thier existence. You can give comments to the picture which I posted here, as I need more comments from the visitors to have a more meaningfull analysis about these mysterious faces.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

20 Ogos, 2005.

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.