Tuesday, August 23, 2005

Cahaya Misteri Di Perkuburan Katholik, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Sungai Layar Catholic Cemetery, Sungai Petani, Kedah.
Date: 19 Ogos, 2005 @ 9.30 p.m
Camera: SLR Canon EOS88 @ Film Kodak ISO200.

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini merupakan gambar terbaru yang saya rakam sendiri pada hari Jumaat lepas selepas makan malam 'food Testing' bagi sub committee Sungai Petani Club yang bermula pada jam 7.30 malam di River Land Restoran dekat Kompleks Cayman, Sungai Petani. Selepas makan, saya meminta diri untuk balik tetapi sebelum balik saya sengaja mengambil beberapa keping gambar di kawasan perkuburan kristian protestant di Sungai Layar, Sungai Petani. Saya sampai di sana kira-kira jam 9.30 malam dan berada di sana lebih kurang 10 - 15 minit.

Sebaik sahaja saya sampai di sana, tidak ada apa-apa yang dapat dilihat kecuali kegelapan dan salib di kawasan perkuburan. Selepas 3 minit tanpa berbuat apa-apa, saya mula mendekati kawasan kubur dan memberi salam kepada penghuni di sana. Saya telah mengambil beberapa keping gambar di sana dan hasilnya tidak mengecewakan saya.

Dalam gambar di bawah ini, anda dapat lihat cahaya misteri yang terapung di udara, saya berpendapat bahawa cahaya ini datang daripada roh yang ada di kawasan perkuburan ini.


Gambar di bawah ini, anda boleh melihat beberapa cahaya vortex yang berwarna-warni yang memperlihatkan pergerakan roh.

Gambar yang ketiga pula, jika anda perhatikan terdapat banyak cahaya vortex yang sedang bergerak dari permukaan tanah ke udara.

Gambar yang terakhir ini pada pendapat saya lebih istimewa kerana terdapat beberapa penampakan selain daripada cahaya vortex yang kelihatan.


Salah satu penampakan yang agak ketara adalah pembentukan lembaga seorang tua tetapi terlalu sukar untuk menentukan jantinanya.


Gambar-gambar ini, merupakan gambar pertama yang saya ambil dengan keluar ke kawasan perkuburan untuk mengambil dan merakamkan keanehan kewujudan dunia misteri.

Jika anda berani dan tidak percaya tentang kewujudan dunia roh, keluarlah bersama kamera anda pergi sendiri membuat rakaman. Jika sebelum ini saya hanya melihat gambar seperti ini daripada kajian orang lain tetapi kini saya sendiri mendapat bukti bahawa kehidupan selepas mati benar-benar wujud.

Akhir sekali, sekiranya anda ada pandangan tentang gambar ini atau apa-apa pertanyaan anda boleh memberi komen anda.


Augustine Towonsing
Pengkaji.
23 Ogos, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.