Thursday, August 25, 2005

Wajah misteri Air Terjun Batu Hampar, Gurun, Kedah.

Picture by: Chong Soon Feng
Location: Air Terjun Batu Hampar, Gurun, Kedah.
Camera : Unknown.
Software Used: Paint, Windows Picture and Fax Viewer and Turbo Photo Editor & MsOffice Picture Manager.

Latar Belakang:
----------------
Gambar ini diambil oleh pelajar saya untuk dijadikan lampiran di dalam kajian geografi. Lokasi gambar ini diambil ialah Air Terjun Batu Hampar, Gurun. Semasa saya memeriksa kajian pelajar berkenaan dan mendapati bahawa gambar ini terdapat wajah misteri. Untuk memastikannya, saya telah scan gambar berkenaan dan analisa menggunakan perisian khas dan mendapati bahawa gambar berkenaan telah merekod wajah misteri. Gambar asal adalah seperti yang berikut. A) Wajah misteri yang tersenyum.
Jika anda perhatikan gambar di bawah, anda dapat melihat seolah-olah terdapat wajah yang sedang tersenyum. Apakah buktinya? cuba perhatikan anak mata yang kelihatan seperti mata yang hidup ini.

B) Wajah misteri tak dikenali.
Analisa kedua ini saya dapati kelihatan seperti kepada Batman. Jika diteliti, wajah ini kelihatan melihat ke bawah. Apa yang menjadi persoalan ialah wajah ini memiliki telinga yang tajam, hidung yang tajam dan seakan-akan wajah Batman!

Hasil Analisa:
-------------
Selepas membuat analisa ke atas gambar ini, saya mendapati bahawa kedua-dua wajah misteri ini bukan kebetulan. Sememangnya terlalu sukar diterima oleh kita tentang kewujudannya tetapi harus disedari bahawa kewujudan mereka adalah nyata dan perlu dihormati.

Jika anda ada pertanyaan atau maklumat lain berkenaan dengan kawasan air terjun ini sila tambahkan pada ruangan komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
25 Ogos, 2oo5

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.