Wednesday, August 24, 2005

Beberapa Jawapan Berkaitan Warna Misteri Perkuburan Katolik, Sungai Layar.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Sungai Layar Catholic Cemetery, Sungai Petani, Kedah.
Date: 19 Ogos, 2005 @ 9.30 p.m
Camera: SLR Canon EOS88 @ Film Kodak ISO200.

Penemuan terbaru:
--------------------
Sebagai reaksi terhadap salah sekeping gambar yang telah saya pos di dalam blog ini, saya telah dapat menemui satu lagi penemuan menarik daripada gambar di bawah. Jika anda perhatikan gambar di bawah ini anda dapat melihat sebaris cahaya yang kelihatan dalam satu barisan yang berada di bahagian tengah gambar.
Apa yang menarik di sini, selepas saya membuat analisa dengan membuat 200% zoom di bahagian ini serta saya proses imej baru dengan Photo Turbo Editor saya telah mendapati bahawa cahaya berkenaan kelihatan seperti susuk tubuh manusia yang kelihatan seperti susuk tubuh lelaki di dalam satu barisan dan cahaya yang dikeluarkan adalah kebiruan.
Jawapan warna-warni cahaya vortex.
--------------------------------------
Saya telah membuat pembacaan mengenai cahaya vortex ini dan mendapati bahawa warna yang dikeluarkan itu adalah mewakili suhu roh berkenaan.
Dr. Larry Montz menyatakan bahawa warna biru mewakili roh atau hantu yang bersuhu sejuk manakala imej yang berwarna oren, merah dan kuning mempunyai suhu yang panas melalui imej infra merah. [ Dr. Larry Montz, International Society of Paranormal Research in Los Angeles. http://www.100megsfree4.com/farshores/pgadget.htm]
Tambah beliau lagi, kebiasaanya entiti mengeluarkan titik suhu sejuk tetapi terdapat juga kejadian titik suhu panas yang ditemui.
Kesimpulan:
-------------
Apa yang telah diperolehi di dalam gambar yang telah saya hantar sebelum ini sememangnya merupakan cahaya daripada entiti yang wujud di kawasan ini.
Jika pengunjung mempunyai komen atau pandangan tentang isu ini sila buat melalui butang komen di bawah. Sekian.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
24 Ogos, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.