Wednesday, August 31, 2005

Orb Paling terkenal di Kelas 2D/3D, Smk Gurun, Kedah.

Picture By: Mr. Chong Hooi Yong
Location: Kelas 2D/3D
Camera: Canon Powershot S1 - Digital.
Date: 03 July, 2005 @ 11.45 a.m
Analysis Softwares: Paint, Window Picture and Fax View, MsOffice Picture Manager & Turbo Photo Editor.

Latar belakang:
---------------
Gambar ini merupakan gambar pertama yang telah merakamkan kewujudan orb semasa program sayangi anakku. Kewujudan orb ini sebenarnya tidak disedari sehingga gambar ini telah saya analisis. Gambar asal adalah seperti di di bawah.
Untuk tujuan analisis, saya telah menandakan bahagian orb yang terdapat di dalam gambar ini dengan perisian Paint untuk memudahkan anda mengesan kewujudan orb positif.
Analisis:
--------
Di bawah ini merupakan gambar yang telah dizoom sehingga 500% dan telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo Editor. Hasil analisa memperlihatkan bahawa di dalam orb ini terdapat wajah misteri yang sangat ketara berupa wajah tengkorak seperti gambar di bawah.
Keputusan:
------------
Apa yang saya boleh katakan mengenai hasil keputusan analisis ini ialah bahagian ini adalah positif kerana di dalam orb terdapat gambar wajah misteri. Malahan tidak dapat disangkal bahawa orb ini bukan debu atau kotoran pada kanta kamera. Kewujudan orb ini pada siang hari membuktikan bahawa hantu bukan hanya wujud pada waktu malam tetapi waktu bukan lagi halangan terhadap penampakan hantu.
Jika anda mempunyai pertanyaan atau cadangan atau komen dipersilakan memberikan komen pada bahagian komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
31 Ogos, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.