Tuesday, August 30, 2005

Wajah misteri (orbs) dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2005, SMK Gurun, Kedah.

Picture By: Mr. Chong Hooi Yong
Location: SMK Gurun's Hall.
Camera: Canon Powershot S1 - Digital.
Date: 03 July, 2005 @ 9.30 a.m
Analysis Softwares: Paint, Window Picture and Fax View, MsOffice Picture Manager & Turbo Photo Editor.

Latar belakang:
----------------
Gambar ini telah lama saya kenalpasti mempunyai orb tetapi baru sahaja diupload untuk dikongsi bersama. Gambar di dalam analisis ini telah diperbesarkan sehingga 400% dan telah diproses sehingga bahagian positif dengan wajah misteri di dalam orb. Di bawah ini merupakan gambar asal yang belum diproses dan tiada apa yang anda lihat melainkan jika anda mempunyai pengetahuan untuk melihat benda berkenaan.
Gambar Analisis:
------------------
Gambar ini pula sebenarnya mempunyai banyak poin yang positif dengan orb tetapi cukup sekadar yang memberi satu contoh di mana bahagian yang telah saya tandakan dengan tanda merah.
Jika anda perhatikan di dalam orb ini terdapat wajah misteri berbentuk tengkorak. Adakah anda bersetuju? Sebenarnya banyak lagi gambar yang telah dirakam di dalam majlis ini yang mempunyai orb tetapi hanya 2 keping gambar ini telah saya masukkan di sini.
Hasil kajian:
---------------
Satu perkara yang menarik yang saya dapat simpulkan di sini iaitu, hantu atau roh boleh wujud dalam semua keadaan. Maknanya, hantu atau roh tidak dikongkong oleh waktu. Mereka wujud bila-bila. Jadi kenapa harus ditakuti? tetapi malangnya lingkungan masyarakat kita telah menanam satu kebiasaan iaitu sikap fobia pada kegelapan kerana dikaitkan dengan roh atau hantu padahal gambar ini membuktikan ruang waktu tidak mempengaruhi kewujudan roh.
Jika anda ada komen, dipersilakan memasukkan komen pada ruang komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
29 Ogos, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.