Sunday, August 21, 2005

Wajah misteri di Modenas, Gurun, Kedah.

Photo Taken By: Heng Soo Teng
Location: Tembok Sign Board Modenas, Gurun, Kedah
Date: Undated, 2005 @ 4.30 p.m
Camera : Unknown
Researcher's Tools:
Software: Window Picture and Fax Viewer, Paint and Photo Turbo Editor.
Hardware: Acer asprie 1690-WXGA Acer CrystalBrite TFT LCD.
Background.
-------------
Fail gambar yang saya ketengahkan dalam blog kali ini adalah gambar yang diambil daripada gambar kajian pelajar yang telah diambil di Modenas, Gurun. Mengikut keterangan pelajar berkenaan, semasa gambar ini diambil tidak ada sesiapa di sana dan saya bersetuju dengan keterangan berkenaan kerana ramai pelajar yang menggunakan gambar yang sama untuk dijadikan lampiran di dalam Kajian Geografi tetapi tidak ada seorang pun yang menyedari terdapat objek misteri di dalam gambar.
The picture file which highligthed in this blog was taken from my student's project which were snapped from Modenas, Gurun, Kedah. According to person, during this picture was taken there was nobody in that area. I was agreed with the explanation where as so many students used the same picture for thier project but no one realised there are myterious objects in the picture.


Gambar di atas ini merupakan gambar yang telah saya ubahsuai daripada gambar asal yang telah discan, dizoom dan dianalisis menggunakan beberapa perisian termasuk Fax Viewer, Paint dan Photo Turbo Editor.

The picture above which were modified from the original were scaned, zoom and analyse using a few softwares including Fax Viewer, Paint and Turbo Photo Editor.


Analisis Foto:
--------------
Berdasarkan pengamatan dan analisis yang saya buat, terdapat 3 objek misteri yang telah saya kesan di dalam gambar ini:

According to my jurisdictions and analysis, there are 3 myterious objects which I believed to be something myterious:

1. Gambar lelaki di atas tembok. ( Male picture on the Wall)
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, tembok ini mempunyai ketinggian lebih kurang 7 kaki tetapi persoalannya ketinggian lelaki berkenaan melebihi tembok berkenaan. Selain daripada itu, persoalan lain yang timbul ialah kelihatan rambut sebelah kiri lelaki berkenaan kelihatan telah dipotong dan kening sebelah kanan kelihatan bengkak dan cederan termasuk pada bahagian dahi hadapan. Selain daripada itu, kulit wajah lelaki ini agak pucat.

According to the reliable sources, the wall's height was about 7 feets from the ground. But the man's height is above the height of the wall which were uncommon in Malaysia. Other than that the hair at the left hand side extreamly short and the right hand side of the eye look like swallen or injured and the forehead too. If we look carefully to the skin colour, looks like dull in colour.

2. Gambar lelaki memakai topi (The man with helmet).
Lembaga misteri yang kedua ialah lelaki yang mempunyai perawakan tubuh yang kerdil tetapi kelihatan memakai topi seperti helmet tetapi lebih kelihatan seperti topi askar zaman British dan juga pakaian yang digunakan agak aneh.

The second myterious figures which looks smaller in size but look like wearing a motorbike helmet or more likely a helmet which worn helmet by a soldier during colonial and the shirt also looks uncommon.

3. Wajah aneh (Myterious face).
Wajah misteri ini sukar dikenali, kelihatan seperti wajah seorang wanita tetapi pada masa yang sama kelihatan seperti wajah dan dibahagian kanan kelihatan wajah kanak-kanak tetapi sukar dikenalpasti sama ada wajah berkenaan adalah wajah manusia atau sebaliknya.

As for me, the last phenomenon looks like a face, it's once looks like a woman face but at the same times it looks like a unfamiliar face and there were a small face too like a small kid but both faces a difficult to determain.

Kesimpulan:
Hasil daripada analisis ini, saya berpendapat bahawa gambar ini telah mendekomentasikan bukti kewujudan roh atau roh manusia yang telah meninggal dunia. Ini membuktikan bahawa penampakan hantu tidak mengira waktu dan tempat dan kewujudan mereka ini mampu dirakam dengan teknologi moden walaupun sains menyangkal kewujudan intiti ini tetapi pada masa yang sama membantu pula membuktikan kewujudannya. Anda boleh memberikan komen mengenai gambar yang telah saya pos di sini. Saya memerlukan pandangan umum untuk mendapatkan analisis kajian tentang wajah-wajah misteri yang lebih bermakna.

The result for this research, suggest that this picture has recorded the proof of the existence of spirit or ghost. This is to proof that the ghost appearance are not limited to a time frame and thier existence can be recorded using modern technology which science disbelive but at the same times science help to proof thier existence. You can give comments to the picture which I posted here, as I need more comments from the visitors to have a more meaningfull analysis about these mysterious faces.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

20 Ogos, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.