Jubli Park, SP: Kajian Paranormal 1 - Bahagian 1B
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.45 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Kenyataan hantu ada di mana-mana memang adalah tepat sekali. Untuk mengambil gambar roh berkenaan tidak semestinya perlu pergi jauh ke kawasan perkuburan malahan kawasan pusat rekreasi juga boleh menjadi tempat kajian.
Kajian pada kali ini masih di taman rekreasi Jubli Perak, Sungai Petani yang merupakan satu-satunya pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi yang terdapat di bandar. Tidak hairanlah apabila saya menjalankan kajian di tempat ini saya berjaya merakam kehadiran banyak roh dan tidak kurang juga orb dust. Kajian yang dibuat secara formal kali ini dijalankan sehari sebelum bulan baru yang sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian paranormal kerana tahap geomagnetik field yang bertambah semasa bulan penuh atau bulan baru. Dalam kajian ini saya berjaya merekod aktiviti paranormal dengan 24 keping gambar. Walau bagaimanapun, hasil analisis akan dipos secara berperingkat. – Analisis gambar ini adalah sambungan kajian paranormal bahagian 1B.
Analisis:
------------
Gambar pertama ini dirakam pada jam 7.36 petang dan berjaya merekodkan orb yang kelihatan terapung berdekatan dengan pondok.
Hasil analisis ke atas orb memperlihatkan bahawa orb ini kelihatan pegun dengan discharge acto yang keluar daripada sumber bahagian tengah sehingga kelihatan kabur.
Gambar kedua ini pula dirakam seminit kemudian yang memperlihatkan orb yang agak jauh berada berhampiran dengan kandang rusa.
Hasil analisis memperlihatkan ia sebenarnya merupakan orb. Orb berkenaan memang kelihatan sama ada pegun atau dalam proses discharge sehingga kelihatan kabur yang menunjukkan pembebasan tenaga.
Gambar seterus dirakam pada jam 7.38 malam berdekatan dengan tasik buatan yang terdapat jambatan. Dalam gambar ini memperlihatkan sekumpulan orb in motion.
Gambar di bawah menunjukkan bahawa orb berkenaan kelihatan dalam motion yang perlahan sehingga meninggalkan contrail di samping discharge acto yang kelihatan seperti asap menyebabkan kekaburan pada bahagian tepi menunjukkan ia adalah orb yang dijana oleh tenaga roh dan sangat berbeza dengan orb persekitaran.
Orb di bawah pula merupakan orb yang dianalisis orb yang terletak pada bahagian jambatan kelihatan naik menyeberangi jambatan kerana contrail yang ditinggalkan kelihatan berada di sebelah kiri yang meninggalkan contrail yang kabur.
Gambar terakhir ini dirakam pada jam 7.43 malam dan perhatikan orb yang berada di seberang tasik kelihatan sedang bergerak perlahan.
Gambar di bawah ini merupakan analisis orb berkenaan yang memperlihatkan orb berkenaan berada pada tahap pegun yang menyebabkan penyebaran discharge tenaga sekitar orb yang menyebabkan bahagian kabur menunjukkan ia adalah orb yang dijana oleh roh.
Hasil Analisis:
--------------------
Rakaman gambar ini membuktikan bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar
Cikgu Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
31hb. Disember, 2005
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH












Analisis orb di bawah pula mencadangkan bahawa orb berkenaan dalam pergerakan yang agak perlahan sehingga contrail yang ditinggalkan hampir sama dengan orb asal yang kelihatan legap di samping membebaskan tenaga yang kelihatan bercahaya.


































