Thursday, December 22, 2005

Glowing Orbs.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Cina & India, Sg. Petani.
Date: 17hb. November, 2005 @ 10.14 P.M
Camera: Canon EOS350D

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------

Gambar yang dianalisis di bawah merupakan gambar fail yang saya simpan tetapi kerana orb yang dirakam terlalu kecil maka saya terfikir tidak perlu untuk dianalisis sehingga tadi saya melihat bagaimana Dr. Dave membuat analisis gambar orb yang diterimanya yang dikatakan terlalu kecil tetapi apabila dizoom kelihatan jelas. Maka saya mengambil keputusan yang sama untuk menganalisis gambar berkenaan.

Seperti yang dinyatakan oleh Dr. Dave, orb hanya kata nama yang menerangkan sifat dan orb bukan hantu tetapi sebagai merujuk kepada bentuk tenaga yang dijana oleh tenaga daripada roh/hantu. Beliau menyatakan bahawa tenaga roh dalam bentuk orb mempunyai dua dimensi iaitu kabur, terdapat contrail di belakang atau kelihatan bulat bukan separuh atau transpiran.

Analisis:
------------

Kedua-dua gambar di bawah telah dizoom sehingga 550 – 650% untuk melihat kejelasan orb. Ternyata bahawa orb yang dirakam di dalam gambar ini adalah sebenarnya merupakan orb yang bersinar hasil daripada tenaga yang dibebaskan oleh roh.

Perhatikan gambar di bawah yang kelihatan cahaya terang berada pada bahagian tengah dan kelihatan di bahagian luar agak kabur yang kelihatan dalam proses ovulasi ke bentuk lain.

Gambar di bawah pula kelihatan orb yang dirakam juga melepaskan sejumlah tenaga sehingga kelihatan agak bersinar tetapi dalam kes ini kelihatan terdapat contrail. Perhatikan hasil analisis gambar di bawah.

Hasil Analisis:
--------------------

Rasanya saya sangat bertuah mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Dr. Dave terutama sekali berkaitan dengan persoalan penentuan sama ada orb dust atau orb yang dijana oleh roh/hantu. Saya berpendapat bahawa terdapat roh yang hanya kelihatan terlalu kecil bergantung kepada jarak gambar dirakam.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.


Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

22hb. Disember, 2005

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.


KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.