Tuesday, December 27, 2005

Jubli Park, SP: The Myterious Twilight Zon Visitors.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 27hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.39 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Gambar terbaru yang saya analisis kali ini merupakan gambar yang berjaya dirakam di Taman Jubli Park, Sg. Petani di antara jam 7.13 hingga 7.39 petang.

Saya sengaja berada di tempat ini sehingga berakhir zon senjakala atau twilight zon untuk mengambil gambar iaitu 4 hari sebelum bulan baru akan terbit tetapi tidak hairan jika terdapat banyak orb yang berjaya saya rakam pada kali ini kerana cuaca hari ini adalah sangat baik dengan pancaran matahari terik yang menghasilkan ion gelombang magnet.

Analisis:
------------
Gambar yang pertama ini dirakam pada jam 7.13 petang di kandang rusa di mana pada bahagian yang bertanda merah merupakan orb yang sedang bergerak. Hasil analisis ke atas gambar ini mendapati bahawa orb yang dirakam adalah orb yang dijana oleh tenaga daripada roh/hantu berdasarkan kepada contrail yang ditinggalkan di bahagian belakang orb berkenaan.Gambar yang kedua ini telah diambil pada jam 7.26 petang. Orb yang dirakam ini agak jelas walaupun agak kecil kerana jarak lokasi. Perhatikan bahagian yang bertanda merah.Hasil analisis memperlihatkan orb ini juga merupakan orb yang dijana oleh roh/hantu berdasarkan kepada bahagian tepi yang agak kabur memperlihatkan pengembangan tenaga.Gambar yang seterus pula dirakam pada jam 7.29 petang. Orb yang dirakam adalah sangat ketara dengan sepintas pandang kita dapat menyatakan bahawa orb berkenaan adalah orb yang dijana oleh roh kerana terdapat contrail yang ditinggalkan di bahagian belakang. Perhatikan bahagian yang bertanda merah. Gambar di bawah ini memperlihatkan zoom orb yang dirakam yang memperlihatkan dengan jelas bahawa orb berkenaan dalam peringkat perubahan tenaga sehingga kelihatan kekaburan pada bahagian sebelah kanan yang menyerupai acto.Gambar di bawah pula memperlihatkan 2 orb yang telah dirakam pada jam 7.36 petang yang memperlihatkan orb yang bercahaya serta orb dalam peringkat perubahan tenaga.Gambar di bawah ini adalah hasil analisis kedua-dua orb yang dirakam di mana orb yang pertama memperlihatkan tingkat perubahan sejumlah tenaga sehingga kelihatan berkembang dan agak bersinar.Manakala orb yang kedua pula kelihatan juga dalam proses perubahan bentuk kerana pada bahagian tepi orb berkenaan sudah kelihatan acto yang mula mengembang.Gambar di bawah pula telah dirakam pada jam 7.38 petang di mana orb yang dirakam dalam gambar ini lebih istimewa kerana orb berkenaan mengeluarkan cahaya yang sangat terang dan orb berkenaan kelihatan sedang bergerak dengan meninggalkan contrail pada bahagian belakang.Gambar di bawah ini merupakan hasil analisis gambar di atas yang memperlihatkan contrail serta cahaya terang yang terdapat pada orb itu sendiri.Gambar di bawah juga gambar yang dirakam selepas beberapa saat selepas gambar di atas dirakam dan gambar ini juga telah merakamkan orb yang kelihatan terapung di atas tanah.Hasil analisis gambar ini memperlihatkan orb berkenaan juga sedang bergerak sambil berlaku perubahan bentuk. Jika diperhatikan terdapat sedikit contrail yang kabur di bahagian belakang memperlihatkan orb ini sedang bergerak perlahan.Gambar terakhir ini dirakam pada jam 7.39 malam juga berjaya merekodkan orb yang kelihatan terapung di atas permukaan tanah. Orb berkenaan kelihatan agak kecil kerana agak jauh daripada jarak gambar berkenaan diambil.Gambar di bawah ini merupakan analisis orb dalam gambar di atas yang memperlihatkan orb berkenaan menghasilkan cahaya terang di samping meninggalkan contrail di bahagian belakang yang kelihatan agak kabur.
Hasil Analisis:
--------------------
Saya tidak merasa hairan dengan rakaman gambar ini kerana kebetulan pada hari ini boleh dianggap jumlah tenaga yang diterima daripada cahaya matahari adalah sangat tinggi yang dikaitkan dengan tingkat medan ion gelombang elektromagnet di dalam udara. Peningkatan Geomagnetic fields ini boleh membantu tahap penampakan dan aktiviti roh/hantu.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.


Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

27hb. Disember, 2005

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.