Jubli Park, SP: Penyelidikan Paranormal 1- Bahagian 1A
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.45 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Kenyataan hantu ada di mana-mana memang adalah tepat sekali. Untuk mengambil gambar roh berkenaan tidak semestinya perlu pergi jauh ke kawasan perkuburan malahan kawasan pusat rekreasi juga boleh menjadi tempat kajian.
Kajian pada kali ini masih di taman rekreasi Jubli Perak, Sungai Petani yang merupakan satu-satunya pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi yang terdapat di bandar. Tidak hairanlah apabila saya menjalankan kajian di tempat ini saya berjaya merakam kehadiran banyak roh dan tidak kurang juga orb dust. Kajian yang dibuat secara formal kali ini dijalankan sehari sebelum bulan baru yang sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian paranormal kerana tahap geomagnetik field yang bertambah semasa bulan penuh atau bulan baru. Dalam kajian ini saya berjaya merekod aktiviti paranormal dengan 24 keping gambar. Walau bagaimanapun, hasil analisis akan dipos secara berperingkat.
Analisis:
------------
Gambar pertama ini dirakam pada jam 7.34 petang dan berjaya merakam satu orb yang sangat jelas pada bahagian yang telah ditandakan.

Di bawah ini merupakan hasil analisis orb berkenaan yang memperlihatkan orb berkenaan dalam keadaan pegun sehingga kelihatan pelepasan acto keluar dan ia juga kelihatan legap.
Gambar kedua ini pula dirakam seminit kemudian pada lokasi yang lain dan berjaya merakam banyak orb yang aktif seperti pada bahagian yang telah ditanda.
Orb pertama ini kelihatan pegun dengan sejumlah tenaga dilepaskan sehingga kelihatan kabus nipis keluar daripada bahagian tengah memperlihatkan actoplasm sehingga kelihatan bercahaya.
Orb yang kedua ini kelihatan agak jauh tetapi masih dapat dikenal pasti sebagai orb yang dijana oleh roh berdasarkan kepada ciri legap dan kawasan kabur di bahagian tepi yang memperlihatkan pembebasan tenaga dalam bentuk acto.
Orb yang ketiga ini kelihatan berpasangan. Saya berpendapat bahawa orb berkenaan berada di belakang reban tetapi oleh kerana tenaga yang dibebaskan maka ia masih dapat dilihat. Mengikut Dr. Dave, warna yang dimiliki oleh salah satu orb berkenaan dikaitkan dengan pakaian yang digunakan dan tiada kaitan dengan emosi roh berkenaan.
Gambar seterus ini dirakam selepas beberapa saat gambar di atas diambil. Dalam gambar ini pula memperlihatkan orb in motion.
Gambar di bawah ini merupakan analisis orb yang dimaksudkan. Perhatikan orb berkenaan kelihatan memancang. Ciri berkenaan sebenarnya disebabkan oleh contrail yang ditinggalkan hasil daripada pergerakan orb. Di samping itu, orb berkenaan kelihatan memiliki cahaya terang dan legap.
Gambar terakhir ini pula berjaya merakam beberapa orb yang berada di pondok rehat. Orb pada gambar ini sangat ketara dan jelas.
Analisis ini memperlihatkan orb ini sedang bergerak. Malahan membebaskan sejumlah tenaga sehingga kelihatan bersinar. Perhatikan contrail dan juga acto yang dibebaskan pada bahagian sekitar sehingga bahagian tepi kelihatan kabur.
Analisis ini juga memperlihatkan orb berkenaan dalam proses pergerakan sehingga kelihatan lapisan orb yang memperlihatkan contrail kerana pergerakan yang pantas berbanding daripada shutter kamera. Walau bagaimanapun, orb ini juga sama dengan orb yang lain membebaskan tenaga sehingga ia kelihatan bercahaya.
Analisis orb di bawah mencadangkan bahawa orb dalam pergerakan yang agak pantas sehingga meninggalkan contrail di samping membebaskan tenaga yang kelihatan bercahaya.
Analisis orb di bawah mencadangkan bahawa orb berkenaan mungkin mempunyai saiz yang agak kecil tetapi jelas bahawa ia membebaskan acto yang menyebabkan kelihatan kabur pada bahagian tepi.
Analisis orb di bawah pula mencadangkan bahawa orb berkenaan dalam pergerakan yang agak perlahan sehingga contrail yang ditinggalkan hampir sama dengan orb asal yang kelihatan legap di samping membebaskan tenaga yang kelihatan bercahaya.
Hasil Analisis:--------------------
Rakaman gambar ini membuktikan bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
31hb. Disember, 2005
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home