Wednesday, December 14, 2005

Analisis Aktiviti Paranormal SMK Gurun.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: SMK Gurun, Kedah.
Date: 14hb. September, 2005 @ 7.30 P.M
Camera: Canon EOS888 & Sony Camcorder


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Gambar-gambar yang dianalisis pada kali ini merupakan gambar yang dirakam menggunakan kamera dan juga kamera video. Gambar fail ini diambil sempena pesta tanglung yang diadakan di sekolah.

Dalam gambar-gambar ini terdapat rakaman orb motion dan juga vortex. Rakaman video membuktikan bahawa di dalam pesta ini juga diserta oleh roh. Secara am, gambar-gambar di dalam analisis ini tidak perlu dizoom kerana rekod paranormal adalah amat ketara. Analisis yang lebih terperinci telah dibuat di dalam bentuk video.

Analisis:
------------
Dalam gambar pertama ini memperlihatkan vortex dan juga charge mist. Perhatikan vortex yang keluar dari dalam baju salah seorang daripada pelajar berkenaan.Gambar di bawah memperlihatkan orb motion yang berada di depan meja pendaftaran. Warna-warni yang diperlihatkan oleh gambar ini memperlihatkan warna pakaian yang dipakai oleh roh mengikut pandangan Dr. Dave.Gambar di bawah pula memperlihatkan orb in motion dan juga perhatikan lapisan kabus yang berada di bahagian belakang. Perhatikan juga dalam analisis di bawah terdapat menyerupai tangan.Gambar seterus pula memperlihatkan rekod spirit energy dan juga orb in motion. Malahan jika dilihat pada bahagian belakang terdapat acto berwarna biru.Gambar di bawah pula gambar yang diambil di depan pintu gerbang kuarters guru yang dipercayai mempunyai aktiviti paranormal. Kajian yang dibuat pada malam berkenaan dengan 2 keping gambar yang diambil di sana membuktikan bahawa terdapat aktiviti paranormal. Jika anda perhatikan pada bahagian yang berwarna putih memperlihatkan pergerakan sesuatu objek yang sukar dikenalpasti, tetapi gambar mencadangkan bahawa objek berkenaan memperlihatkan energy.Manakala siri gambar yang dipaparkan di bawah merupakan imej yang diperolehi daripada frame rakaman video yang memperlihatkan orb in motion yang merujuk kepada aktiviti paranormal.Hasil Analisis:
--------------------
Jika diperhatikan gambar ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan gambar yang saya ambil di dalam pesta tanglung. Walau bagaimanapun, dalam aktiviti ini berlaku tidak ada apparition penuh kerana semasa aktiviti ini dijalankan ia adalah waxing gibbous dengan 74% bulan penuh yang jauh daripada tahap maksimum geomagnetic fields.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research -- Assosiated IGHS Club.


14hb. Disember, 2005

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.