Friday, December 23, 2005

Jubli Park, SP: Twilight Visitors.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 20hb. Disember, 2005 @ 6.57 / 7.27 P.M
Camera: Canon EOS350D



MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Percaya atau tidak hantu atau human spirit berada di mana-mana. Gambar yang akan saya analisis pada kali ini merupakan gambar yang dirakam di Taman Jubli Perak pada waktu senja ketika saya dengan anak-anak bersiar-siar di taman berkenaan.

Dalam gambar ini terdapat aktiviti paranormal yang telah dirakam walau bagaimanapun analisis yang lebih teliti diperlukan untuk menentukan bahawa rakaman anomalis ini adalah aktiviti paranormal.

Analisis:
------------
Gambar di bawah telah dirakam pada jam 6.57 petang yang diambil sekadar untuk mengambil gambar rusa yang berada di dalam kandang. Walau bagaimanapun, dengan tidak sengaja gambar ini juga turut merakam objek anomalis. Perhatikan pada bahagian yang ditanda dengan kotak berwarna merah.Gambar di bawah merupakan hasil analisis daripada gambar di atas, analisis dan keterangan mengenai objek anomalis ini dikenal pasti daripada objek berkenaan yang kelihatan transpiran. Semasa gambar ini di ambil tali kamera yang lebar satu inci saya letakkan pada leher. Walau bagaimanapun, warna objek anomalis ini agak berbeza iaitu hampir menyerupai warna kulit manusia tetapi bezanya ia kelihatan transpiran dan jika ia adalah objek yang berasal dari dunia fizikal ia akan kelihatan solid atau legap.Gambar yang kedua ini dirakam semasa dalam perjalanan balik ke kereta pada jam 7.27 petang. Di dalam gambar ini, telah merakamkan orb berwarna oren pada bahagian yang telah ditandakan.Gambar di bawah merupakan hasil zoom dan analisis ke atas orb yang dirakam yang memperlihatkan bahawa orb ini kelihatan bersinar tetapi dan bukan transpiran tetapi legap dengan bahagian tepi yang agak kabur serta kelihatan sedikit kekaburan pada bahagian sebelah kanan yang menunjukkan kesan contrail pada bahagian belakang. Mengikut Dr. Dave Oester, warna orb tidak ada kaitan dengan emosi roh berkenaan tetapi lebih kepada warna pakaian yang digunakan dan jika orb ini bergerak pada kelajuan yang lebih laju daripada shutter kamera ia akan kelihatan seperti tali memanjang yang terputus-putus berwarna oren. Saya berpendapat bahawa orb ini bergerak pada kelajuan yang agak perlahan berbanding kelajuan shutter camera.Gambar di bawah pula merupakan analisis bagi orb yang kedua. Walaupun, orb ini kelihatan tidak bulat tetapi ia masih kelihatan solid dengan bahagian tepi yang agak kabur memperlihatkan proses perubahan tenaga di dalam orb.
Hasil Analisis:
--------------------
Pada pandangan saya mengenai rakaman ini, saya percaya bahawa penampakan human spirit tidak dikongkong oleh waktu tetapi lebih jelas pada waktu malam kerana tenaga yang dilepaskan lebih ketara apabila dirakam di dalam kamera.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.


Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

23hb. Disember, 2005

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.