Cuaca Mempengaruhi Aktiviti Paranormal!
Location: Perkuburan Kristian, Sg. Petani.
Date: 18hb. November , 2005 @ 10.05 – 10.40P.M
Camera: Canon EOS350D Digital / Videocam Sony DCR TRV27E
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Kajian yang saya laksanakan pada malam 18/11/2005 dari 10.05 – 10.40 malam tidaklah membawa satu kejayaan yang besar akibat daripada keadaan cuaca yang redup dan masih hujan renyai-renyai walau bulan berada pada tahap waning gibous dengan 93% bulan penuh yang berada kedudukan 60° 54’ 02” pada sudut ketinggian 26° 07’ 57” dan terbit pada jam 9.00 malam.
Cuaca yang tidak baik dengan hujan lebat pada sebelah petang telah menyebabkan aktiviti paranormal kurang akibat daripada jumlah gelombang elektromagnet yang dikenali sebagai geomagnetic field kurang kerana cahaya bulan tidak dapat menembusi ke permukaan bumi.Analisis:
------------
Dalam kajian kali ini saya telah mengambil sebanyak 40 keping gambar tetapi sebahagian daripadanya tidak merakamkan apa-apa anomalis dan kalau adapun tidak begitu jelas.
Gambar yang diposkan di bawah adalah gambar yang memperlihatkan orb dalam proses perubahan bentuk fizikal daripada orb ke dalam bentuk kabus. Perhatikan juga bahawa gambar di bawah memperlihatkan orb yang telah menukarkan bentuk di mana kelihatan seperti wajah seorang wanita.



Gambar di bawah pula ialah siri gambar supercharge orb yang menggunakan video dan walaupun aktiviti paranormal kurang tetapi terdapat supercharge orb yang benar-benar mendekati kamera video mungkin kerana tertarik dengan lampu luaran kamera dan juga lampu strobo yang digantung pada tripod.

Hasil Analisis:--------------------
Hasil kajian dan rakaman video dalam kajian kali ini bukan sahaja memperlihatkan aktiviti paranormal sangat bergantung kepada cahaya bulan tetapi aktiviti ini dipengaruhi oleh kalendar lunar. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca basah hampir-hampir menyebabkan aktiviti paranormal tidak berlangsung.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.
25hb. November, 2005
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH

























Ini adalah hasil analisis forensik menggunakan perisian Turbo Photo Editor ke atas orb tersebut. Perhatikan di dalam orb ini terdapat wajah misteri seakan-akan wajah seorang wanita.
Gambar di bawah ini terdapat penampakan seperti lembaga manusia iaitu apparition pada bahagian kotak yang ditandakan dengan warna merah.
Gambar di bawah merupakan analisis perisian yang memperlihatkan susuk tubuh misteri yang terdapat di dalam gambar membuktikan bahawa kawasan ini sememangnya terdapat aktiviti paranormal.
Gambar di bawah ini adalah gambar saya sendiri, di mana saya mengambil gambar ini kerana merasai bahawa terdapat seseorang yang berada di belakang. Perhatikan terdapat orb berwarna oren.
Jika diperhatikan hasil analisis perisian computer menunjukkan bahawa orb ini terdapat wajah misteri seolah-olah wajah seorang lelaki.
Gambar di bawah pula berjaya merakamkan 2 orb dan apparition. Gambar ini saya ambil semasa dalam perjalanan balik sebelum meninggalkan kawasan perkuburan pada jam 9.55 malam. Perhatikan gambar di bawah.

