Sunday, November 13, 2005

Spooky Imej!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Genting Highlands
Date: 10hb. November , 2005 @ 9.26 P.M
Camera: Canon EOS350D Digital

Latar Belakang:
-----------------------
Dalam perkongsian kali ini, saya akan analisis sekeping gambar misteri yang saya perolehi semasa saya bercuti di Genting Highlands baru-baru ini. Selama 2 hari 2 malam di sana memang terdapat beberapa insiden kejadian yang aneh.

Analisis:
-------------
Gambar ini telah dirakam pada jam 9.26 malam di bahagian luar Hotel First World semasa bersiar-siar pada waktu malam dan gambar ini telah dianalisis menggunakan perisian Turbo Photo Editor dan telah dizoom sehingga 250% dengan menggunakan perisian Picture Viewer.

Di dalam gambar di bawah ini perhatikan pada bahagian yang telah ditandakan dengan kotak berwarna merah. Di mana bahagian ini merupakan bahagian belakang signboard yang kelihatan terdapat nyalaan api berwarna oren. Untuk memastikan bahawa cahaya misteri ini tidak wujud saya telah kembali di tempat berkenaan pada jam 3.15 P.M pada 11 November, 2005 untuk melihat sekiranya warna kuning ini wujud.

Hasil ujian virtual forensik menggunakan perisian picture maka hasil adalah seperti berikut seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di bawah.

Saya telah meminta pandangan daripada beberapa orang untuk melihat imej ini, mereka melihat seperti wajah seorang tua berjanggut. Pada pandangan saya, imej ini memperlihatkan wajah misteri seorang tua yang memiliki hidung yang besar dan imej kelihatan seperti spooky.

Hasil Analisis:
---------------------
Selepas saya membuat kajian imej ini dan membanding dengan imej spooky seperti di dalam filem Casper memperlihatkan bahawa bahagian hujung imej ini adalah agak memanjang dan kelihatan kecil memanjang tajam.

Jika berdasarkan kepada teori pergerakan hantu imej ini dikaitkan dengan aktiviti paranormal walaupun pada awalnya saya menyangka bahawa imej ini merupakan pantulan cahaya. Namun, bentuk dan sifat imej memberi saya keyakinan bahawa imej ini ada kaitan dengan aktiviti paranormal.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik.

12hb. November, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.