Apparition Dan Orb Dalam Kajian Di Perkuburan Cina dan India
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Lama Cina dan India, Sg. Petani
Date: 2hb. November, 2005 @ 9.20 P.M
Camera: Canon EOS350D Digital
Latar Belakang:
-------------------
Siri gambar di bawah ini telah dirakam di antara jam 9.20 – 9.50 malam semasa bulan baru dengan permukaan bulan yang boleh dilihat 0%.
Kajian kali ini saya jalankan hanya dengan menggunakan kamera untuk menguji kebenaran bahawa aktiviti paranormal aktif bulan bulan baru dan bulan penuh. Semasa berada di kawasan perkuburan ini saya telah mengambil sebanyak 61 keping gambar. Walau bagaimanapun saya hanya memaparkan beberapa keping gambar yang terbaik sahaja dikongsi bersama dengan pengunjung.
Gambar-gambar ini telah kaji secara terperinci untuk memastikan gambar yang diperolehi ini bukan sekadar objek yang nyata atau boleh dipersoalkan. Untuk memastikan bahawa gambar-gambar ini mempunyai gambar anomalis ujian forensik telah dilakukan. Objek paranormal di dalam siri gambar di bawah telahpun ditandakan dengan kotak berwarna merah.
Analisis:
----------
Gambar yang pertama ini adalah gambar dua buah bangunan usang yang telah ditinggalkan yang tidak jauh dari kawasan perkuburan. Setelah dianalisis saya mendapati bahawa terdapat orb di dalam gambar ini.
Ini adalah hasil analisis forensik menggunakan perisian Turbo Photo Editor ke atas orb tersebut. Perhatikan di dalam orb ini terdapat wajah misteri seakan-akan wajah seorang wanita.
Gambar di bawah ini terdapat penampakan seperti lembaga manusia iaitu apparition pada bahagian kotak yang ditandakan dengan warna merah.
Gambar di bawah merupakan analisis perisian yang memperlihatkan susuk tubuh misteri yang terdapat di dalam gambar membuktikan bahawa kawasan ini sememangnya terdapat aktiviti paranormal.
Gambar di bawah ini adalah gambar saya sendiri, di mana saya mengambil gambar ini kerana merasai bahawa terdapat seseorang yang berada di belakang. Perhatikan terdapat orb berwarna oren.
Jika diperhatikan hasil analisis perisian computer menunjukkan bahawa orb ini terdapat wajah misteri seolah-olah wajah seorang lelaki.
Gambar di bawah pula berjaya merakamkan 2 orb dan apparition. Gambar ini saya ambil semasa dalam perjalanan balik sebelum meninggalkan kawasan perkuburan pada jam 9.55 malam. Perhatikan gambar di bawah.
Hasil Analisis:
-----------------
Dalam kajian kes pertama di kawasan perkuburan ini memperlihatkan beberapa perkara di mana fikiran positif sangat penting semasa menjalankan penyelidikan lebih-lebih lagi jika seorang diri. Selain daripada itu, roh di kawasan ini masih tidak begitu percaya dan ragu-ragu kehadiran saya di kawasan ini walaupun saya meminta kebenaran daripada mereka untuk merakamkan gambar mereka. Keadaan ini dapat diperhatikan melalui penampakan yang agak jauh.
Walau bagaimanapun, saya sangat bersetuju bahawa bulan baru mempunyai kesan signifikan terhadap aktiviti paranormal di mana tahap penampakan atau apparition merupakan tahap tertinggi tenaga yang dihasilkan oleh roh untuk membolehkan penampakan berkenaan di mana dalam kajian ini berjaya membuktikan pendapat dan kajian awal Dr. Dave Oester. Walau pun pada masa yang sama masih terdapat orb yang dianggap tenaga paling asas yang dihasilkan oleh roh.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
2hb. November, 2005.

Hasil Analisis:-----------------

0 Comments:
Post a Comment
<< Home