Saturday, November 19, 2005

Peralatan Saintifik Membongkar Rahsia Dunia Misteri!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Cina Dan India, Sg. Petani.
Date: 17hb. November , 2005 @ 9.36 – 10.30P.M
Camera: Canon EOS350D Digital / Videocam Sony DCR TRV27E



MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Kajian yang saya laksanakan pada malam 17/11/2005 dari 9.30 – 10.30 malam telah membawa satu kejayaan yang membuktikan bahawa aktiviti paranormal sangat berkaitan dengan kalendar lunar. Maklumat kalendar lunar adalah seperti yang berikut bagi kawasan Sg. Petani. Walaupun, hujan turun pada jam 7.30 – 9.00 malam tetapi peluang untuk menjalankan penyelidikan masih dapat dijalankan selepas jam 9.10 malam. Dalam kajian kali ini, saya telah menggunakan kamera dan juga rakaman video.

Analisis:
------------
Dalam kajian ini saya telah mengambil sehingga 60 keping gambar digital dan menjalankan rakaman video selama 30 minit di mana gambar video dan kamera nampaknya berjaya disatukan untuk mendokumentasikan gambar paranormal.

Salah satu kejayaan bagaimana peralatan ini berjaya saling membantu memberi dan menjelaskan aktiviti paranormal dapat dilihat di dalam gambar di bawah. Imej ini diambil daripada frame video dari rakaman video kamera di mana bahagian yang telah ditandakan dengan warna merah merupakan orb yang berdenyut semasa rakaman video sedang dijalankan. Apabila saya memindahkan kamera video ke depan dan mengambil gambar kamera video yang sedang menjalankan rakaman orb yang berdenyut dalam skrin video berjaya dirakam di dalam kamera dan terbukti bahawa cahaya yang berdenyut tersebut adalah orb. Perhatikan di dalam gambar di bawah. Jika diperhatikan orb ini terdapat wajah misteri menyerupai haiwan dan pada pandangan saya menyerupai seekor anjing.Gambar di bawah pula ialah supercharge orb yang dirakam tanpa lampu. Perhatikan bahawa roh yang dikenali sebagai supercharge ini bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan mampu mengeluarkan cahaya di dalam gelap tetapi tidak kelihatan dengan mata kasar. Gambar di bawah pula merupakan gambar yang merakamkan orb yang sedang beralih bentuk kepada ‘mist’ atau embun. Gambar ini adalah gambar yang diambil daripada frame video kamera yang memperlihatkan bagaimana roh mampu bergerak pada kelajuan yang tinggi dan juga mampu berubah bentuk dalam sekelip mata. Perhatikan siri gambar di bawah di mana roh berubah daripada supercharge orb kepada bentuk charge mist.Hasil Analisis:
--------------------
Hasil kajian dan rakaman video dalam kajian kali ini bukan sahaja memperlihatkan aktiviti paranormal sangat bergantung kepada cahaya bulan tetapi aktiviti ini dipengaruhi oleh kalendar lunar. Dalam rakaman video menunjukkan bahawa aktiviti meningkat dengan banyak apabila cahaya bulan semakin terang kerana cahaya bulan dikaitkan dengan peningkatan geomagnetic field yang dikaitkan dengan aktiviti paranormal.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.

19hb. November, 2005

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.**

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.
**Anda akan menjadi salah seorang daripada web team - di mana anda boleh membuat analisis sendiri dan juga upload tetapi mengikut format yang telah ditetapkan oleh administrator utama.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.