Sunday, November 06, 2005

Apparition Dalam Majlis Berbuka Puasa!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: SMK Gurun, Kedah
Date: 10hb. Oktober, 2005 @ 7.42 P.M
Camera: Canon EOS350D Digital

Latar Belakang:
------------------------
Dalam penyelidikan kali ini, saya ambil daripada fail gambar yang telah saya perolehi pada 10 Oktober, 2005 dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun, Kedah.

Dalam siri penyelidikan kali ini, saya akan mengetengahkan penampakan roh manusia atau apa yang dianggap oleh masyarakat sebagai hantu dalam rupa bentuk manusia.

Analisis:
-------------
Gambar pertama ini adalah gambar yang diambil pada jam 7.42 P.M di mana pada gambar ini terdapat penampakan yang hebat. Kajian ini menggunakan beberapa perisian untuk ujian analisis virtual forensik. Perhatikan pada bahagian kanan di belakang lelaki yang berpakaian hitam.Perhatikan terdapat titik putih.

Gambar di bawah ini adalah hasil analisis virtual forensik ke atas gambar ini. Selepas zoom 200% didapati bahawa terdapat wajah misteri menyerupai manusia berkepala botak.Gambar di bawah ini pula adalah gambar asal yang belum diubahsuai yang memperlihatkan keaslian sebenar gambar yang telah dirakam pada jam 8.20 malam.Gambar di bawah ini adalah gambar yang sama seperti di atas yang telah diubahsuai menggunakan perisian komputer. Melalui Ujian ini, saya telah mengubah kontras dan juga mengurangkan noise pada gambar untuk mengeluarkan objek apa yang dikenalpasti sebagai hantu pada bahagian-bahagian yang telah ditandakan.Hasil daripada penyelidikan berasaskan ujian virtual forensik dengan bantuan perisian komputer saya berjaya mengenalpasti bahawa wajah-wajah misteri ini adalah bukan manusia biasa kerana gambar-gambar ini saya sendiri yang merakamkannya.Hasil Analisis:
---------------------
Hasil daripada penyelidikan gambar ini, saya mendapati bahawa aktiviti paranormal tetap berlangsung tanpa mengira waktu. Hasil penyelidikan ini membuktikan bahawa aktiviti paranormal tidak dikongkong seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah orang yang menyatakan bahawa hantu tidak wujud dalam masa tertentu.

Saya sependapat dengan pengkaji-pengkaji lain di barat yang menyatakan bahawa apparition memperlihatkan kebijaksanaan roh memanipulasikan tenaga sehingga kelihatan menyerupai manusia dan peralatan moden seperti kamera mampu melihat dan merakam kerana memiliki sensitiviti yang tinggi berbanding dengan pancaindera manusia yang terhad dan sensitiviti pancaindera ini pula akan merosot apabila usia meningkat tua.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik.

5hb. November, 2005

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.