Orb Dan Glowing tomb Stone!
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Cina Dan India, Sg. Petani.
Date: 14hb. November , 2005 @ 10.22 – 10.50 P.M
Camera: Canon EOS350D Digital
MGRS - Malaysian Ghost Researchers Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.

Latar Belakang:
----------------------
Dalam kajian kali ini, saya sekali lagi membuat penyelidikan di kawasan perkuburan Cina dan India selepas hujan lebat pada jam 7.30 hingga 9.20 malam. Semasa tiba di kawasan ini hujan renyai-renyai masih berterusan.
Dalam kajian ini, kalendar lunar bagi bulan ialah 96% kelihatan di mana dianggap 2 hari terawal boleh dibuat kajian paranormal. Dalam kajian ini saya telah mengambil gambar sebanyak 60 keping dan saya hanya memilih 8 keping yang terbaik sahaja.
Sebenarnya pada malam yang sama saya ingin membuat rakaman video tetapi malangnya saya tertinggal lampu luaran kamera video maka rakaman tidak dapat dijalankan.
Kali kedua berada di kawasan ini saya merasakan bahawa roh di kawasan ini mula menerima kehadiran saya berbanding pada kali pertama saya merasakan tidak ada kesangsian yang wujud walaupun masih ada lagi roh yang masih ragu-ragu berdasarkan kepada orb yang dirakam di dalam gambar.
Analisis:
------------
Kebanyakan gambar pada kali ini tidak perlu saya analisis lebih lanjut kerana aktiviti paranormal yang dirakam amat jelas sekali yang diwakili oleh orb. Walau bagaimanapun, terdapat 2 keping gambar yang istimewa memperlihatkan misteri.

Gambar di bawah ini memperlihatkan rakaman misteri di mana salah satu daripada kubur ini kelihatan seperti berlampu padahal pada malam berkenaan tidak ada yang dapat dilihat hanyalah kegelapan kerana cahaya bulan tidak kelihatan akibat awan tebal dan masih hujan renyai-renyai. Perhatikan pada bahagian yang telah ditandakan.

Hasil analisis virtual forensik memperlihatkan bahawa kubur ini mempunyai cahaya yang dikenali sebagai source energy yang menyebabkan kubur seolah-olah diterangi dengan lampu. Mungkin ada yang menyatakan bahawa akibat daripada pantulan cahaya ke atas kubur. Kebanyakan kubur di sini diperbuat daripada marbel tetapi tidak menghasilkan cahaya dan kedua kubur ini terlindung dengan pokok tetapi masih kelihatan seperti bercahaya.
Gambar kedua ini pula memperlihatkan terdapat orb society yang sedang berkumpul. Semasa gambar ini diambil tidak ada cahaya malah saya mengambil gambar ini tanpa melihat melalui corong mata perhatikan aktiviti paranormal ini.

Di bawah ini adalah siri gambar yang merakamkan orb yang saya fikir tak perlu dianalisis kerana kelihatan jelas. Satu keyakinan yang boleh saya pegang bahawa orb ini bukan orb semula jadi kerana gambar ini diambil semasa musim basah dan tidak ada habuk di udara.

Hasil Analisis:
--------------------
Hasil daripada penyelidikan ini, saya sangat percaya bahawa kunci penting di dalam kejayaan sesuatu kajian ialah kepercayaan roh terhadap kehadiran kita di mana tujuan yang baik membawah hasil yang baik dan fikiran yang bersih serta positif penting sebagai kunci kejayaan.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.
15hb. November, 2005

0 Comments:
Post a Comment
<< Home