Supercharge Orb Kurang Semasa Waning Cresent!
Location: Perkuburan Kristian, Sg. Petani
Date: 27hb., Oktober, 2005 @ 12.33 A.M
Camera: Video Cam – Sony TRV27E
Latar Belakang:
-------------------
Siri gambar di bawah ini merupakan imej daripada video yang telah digunakan untuk membuat rakaman selama 30 minit 27hb., Oktober semasa waning Cresent dengan 31% permukaan bulan yang boleh dilihat bagi kawasan Sg. Petani di mana bulan terbit pada malam berkenaan pada jam 2.28 pagi.
Rujukan : http://aa.usno.navy.mil/data/docs/RS_OneDay.html
Siri gambar-gambar ini hanya memperlihatkan aktiviti paranormal yang hampir-hampir tidak ada langsung dengan kekerapan aktiviti selang 5 hingga 8 minit atau lebih. Walaupun pada malam yang sama saya dapat merakam suara EVP seorang wanita tetapi malang kerana terdapat gangguan bunyi kenderaan.








Analisis:
----------
Gambar-gambar di atas seperti yang dilihat merupakan supercharge orb yang bergerak pada kelajuan yang tinggi namun kekerapan dan juga kecerahan agak kurang yang memperlihatkan aktiviti paranormal hampir-hampir tidak berlaku berbanding pada masa bulan penuh.
Hasil Analisis:
-----------------
Mengikut Dr. Dave, aktiviti mengkaji aktiviti paranormal paling sesuai dibuat berdasarkan kepada kalendar lunar dan juga kejadian ribut medan magnet pada matahari.
Hasil daripada kajian dan ujian ini, membuktikan bahawa aktiviti paranormal sangat bergantung kepada kalendar lunar dan juga ribut medan magnet matahari. Walau bagaimanapun, dalam kes kajian di kawasan negara tropika saya mendapati kesan ribut magnet matahari tidak signifikan kerana cahaya matahari diterima melebihi adalah tinggi sepanjang tahun di mana kajian ke atas aktiviti paranormal pada jam 3.00 petang seperti yang dianjurkan oleh Dr. Dave tidak relevan kecuali kalendar lunar. Rujukan: http://www.ghostweb.com/moon.html
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
29 Oktober, 2005.
MALAYSIAN GHOST RESEARCH
Gambar di bawah ini adalah satu-satunya gambar yang berjaya merakamkan aktiviti paranormal iaitu orb dan gambar ini diambil semasa saya meninggalkan kawasan ini, perhatikan bahagian yang berkotak merah.










Ini adalah hasil zoom ke atas kawasan orb yang memperlihatkan wajah sebenarnya pemilik orb ini yang memiliki ciri-ciri yang seperti yang saya telah senaraikan di atas.


Ini pula merupakan orb yang telah dirakam berada di atas bumbung makmal komputer sekolah. Perhatikan gambar di bawah.


