Saturday, October 22, 2005

Orb Kawasan Perkuburan!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Kristian Sg. Layar, Sg. Petani, Kedah.
Date: 21hb., Oktober, 2005 @ 12.40 A.M
Camera: Canon EOS350D Digital.


Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini merupakan sekeping gambar yang berjaya merakamkan aktiviti paranormal di kawasan perkuburan ini. Kedua-dua gambar ini telah dirakam pada jam Jam 12.40 pagi.

Dalam gambar ini terdapat orb yang sangat terang pada perdu pokok. Pada malam yang sama saya juga telah membuat rakaman video yang berjaya bukan sahaja merakam supercharge orb tetapi berjaya juga merakam EVP seorang kanak-kanak tetapi buat sementara waktu rakaman video ini masih lagi tidak dikeluarkan.

Analisis:
----------

Daripada 49 keping gambar yang telah saya ambil hanya sekeping sahaja yang berjaya merakamkan aktiviti paranormal. Gambar ini telah dianalisis menggunakan perisian komputer dan telah dizoom sekurang-kurangnya 200%.

Orb di bawah ini pula merupakan orb yang diperolehi pada perdu pokok selepas saya meminta roh yang berdekatan untuk memberi pos terakhir sebelum saya balik dan memang roh yang ada tidak mengecewakan saya. Orb ini kelihatan bujur kerana sebahagian agak transpiran tetapi jika diperhatikan orb ini memperlihatkan seperti wajah.Hasil Analisis:
-----------------

Walaupun saya tidak berjaya mendapatkan banyak gambar pada malam tadi tetapi kamera video yang digunakan berjaya merakamkan bayangan lembaga hitam dan juga supercharge orb yang berterbangan aktif. Namun demikian, sekeping gambar di atas ini masih berjaya merakamkan aktiviti paranormal.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

21 Oktober, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.