Energy Orb dan Wajah Misteri Di Menara Jam!
Location: Menara Jam, SMK Gurun, Kedah.
Date: 22 September, 2005 @ 9.30 PM.
Camera: Canon @ Filem Kodak 35mm ISO200.
Latar Belakang:
-------------------
Gambar ini terdapat energy orb yang terdapat pada bahagian abdomen Tamil seorang pelajar tingkatan satu. Dalam gambar ini perhatikan pada bahagian yang ditanda dengan kotak berwarna merah.
Analisis:
----------
Hasil daripada penilaian saya, gambar ini sememangnya telah merakamkan kejadian misteri. Kewujudan cahaya yang terang pada bahagian perut pelajar Tamil ini sememangnya misteri. Walaupun, di dalam gambar ini tidak terdapat wajah misteri di dalam orb ini tetapi hasil daripada temu bual saya dengan pelajar yang terlibat menunjukkan bahawa pelajar ini tidak memakai apa-apa yang memantulkan cahaya.
Selepas dianalisis sekali lagi, saya telah mendapati bahawa di dalam gambar ini terdapat satu kawasan cool spot berwarna biru. Saya telah zoom bahagian ini dan mendapati bahawa pada bahagian ini terdapat wajah misteri.
----------------
Kajian lanjut yang telah saya lakukan berjaya menyingkap misteri Orb yang bercahaya terang. Selepas saya mendaftar sebagai ahli International Ghost Hunters Society atau IGHS saya telah merujuk serta pakar lain maka orb ini semangnya merupakan orb mewakili kewujudan roh yang dikenali sebagai Energy Orb.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.
Posted on 10 October, 2005 and modified on 18 October, 2005

0 Comments:
Post a Comment
<< Home