Saturday, October 29, 2005

Kalendar Lunar Mempengaruhi Aktiviti Paranormal.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan Kristian, Sg. Petani
Date: 27hb., Oktober, 2005 @ 12.33 A.M
Camera: Canon EOS350D Digital


Latar Belakang:
-------------------

Gambar ini diambil sekadar untuk menguji kesan kalendar lunar ke atas aktiviti roh. Sebagai ujian saya telah memilih kawasan perkuburan yang dianggap sebagai tempat penantian di kalangan orang mati.

Mengikut Dr. Dave aktiviti paranormal sangat aktif 2 atau 3 hari di kedua-dua belah semasa bulan baru dan bulan penuh. Di mana, kajian sebelum telah saya laksanakan pada hari ketiga selepas bulan penuh sehingga saya dapat merakamkan banyak aktiviti paranormal.

Dalam kajian kali telah dibuat pada 27hb., Oktober semasa waning Cresent dengan 31% permukaan bulan yang boleh dilihat bagi kawasan Sg. Petani di mana bulan terbit pada malam berkenaan pada jam 2.28 pagi.

Rujukan : http://aa.usno.navy.mil/data/docs/RS_OneDay.html

Gambar di bawah ini bukan gambar yang merakamkan aktiviti paranormal Cuma gambar saya semasa menjalankan kajian di kawasan berkenaan di mana gambar ini diambil menggunakan tripod.

Gambar di bawah ini adalah satu-satunya gambar yang berjaya merakamkan aktiviti paranormal iaitu orb dan gambar ini diambil semasa saya meninggalkan kawasan ini, perhatikan bahagian yang berkotak merah.Analisis:
----------

Gambar di bawah ini merupakan gambar yang telah dizoom sehingga 250% memperlihatkan wajah misteri di dalam orb yang berjaya dirakam semasa saya membuat kajian secara solo di kawasan perkuburan.Hasil Analisis:
-----------------

Mengikut Dr. Dave, aktiviti mengkaji aktiviti paranormal paling sesuai dibuat berdasarkan kepada kalendar lunar dan juga kejadian ribut medan magnet pada matahari.

Hasil daripada kajian dan ujian ini, membuktikan bahawa aktiviti paranormal sangat bergantung kepada kalendar lunar dan juga ribut medan magnet matahari. Walau bagaimanapun, dalam kes kajian ke atas kesan ribut magnet matahari terhadap aktiviti paranormal belum saya uji yang dikaitkan dengan peningkatan medan magnet pada jam 3.00 petang seperti yang dianjurkan oleh Dr. Dave. Rujukan: http://www.ghostweb.com/moon.html. Menurut Dr. Dave, kekuatan medan magnet merupakan kunci yang dikaitkan dengan aktiviti paranormal.

"...The period between the new and full moon has the lowest geomagnetic fields, thus suggesting that ghostly activity is almost nonexistent. " By Dr. Dave - http://www.ghostweb.com/pesky.html

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

28 Oktober, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.