Sunday, October 09, 2005

Cahaya misteri Gambar Di Harvard, Bedong.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Halaman Depan Hotel Harvard Suasana, Bedong, Kedah.
Date: 02 Oktober, 2005 @ 10.30 p.m
Camera: Canon EOS888 @ Filem Kodak 35mm ISO200.

Latar Belakang:
-------------------
Gambar ini telah dirakam pada jam 10.30 malam selepas malam budaya perkhemahan pelajar perempuan di Harvard. Dalam gambar ini terdapat cahaya misteri menyerupai tanda soal seperti pada bahagian yang telah saya tanda dengan kotak berwarna merah.

Semua gambar yang diambil di tempat ini pada waktu malam hanya gambar ini yang telah merakamkan gambar misteri. Analisis:
----------

Selepas gambar ini dizoom dan dianalisis saya mendapati bahawa cahaya ini bukan lampu di kawasan halaman depan hotel kerana cahaya ini berada pada lokasi yang tidak berlampu.

Selain daripada itu, selepas dizoom saya dapati bahawa cahaya ini menyerupai tanda soal seperti dalam gambar di bawah. Pada mulanya saya berpendapat bahawa kemungkinan gambar ini telah merakamkan sejenis serangga tetapi bila diteliti saya mendapati bahawa cahaya misteri ini terlalu besar sebagai serangga. Hasil Analisis:
-----------------

Hasil daripada analisis saya berpendapat bahawa cahaya misteri ini dikaitkan dengan aktiviti roh di kawasan ini kerana pertama saya mendapati bahawa cahaya misteri ini hampir sama besar atau mungkin sama besar dengan saiz kepala kerana saiz di dalam gambar memperlihatkan ia mempunyai saiz yang besar.

Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai jawapan mengapa cahaya ini menyerupai bentuk rupa tanda soal. Ini saya anggap sebagai misteri! Tetapi saya percaya bahawa gambar ini berjaya merakamkan aktiviti alam misteri.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Pengkaji.

09 Oktober, 2005.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.