Video Image : Supercharge Orb/Orb In Motion.
Location: Perkuburan India/Cina Sg. Petani.
Date: 13hb Januari, 2006 @ 9.00-10.00P.M
Camera: Video Sony DCR-TRV27E
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Gambar yang dianalisis pada kali ini merupakan gambar yang disnap daripada analisis frame video yang dirakam semasa kajian di kawasan perkuburan.
Dalam kajian analisis video ini memperlihatkan rakaman pergerakan supercharge orb atau orb in motion yang membuktikan aktiviti roh yang sangat aktif semasa full moon.
Analisis:
------------
Gambar di bawah ini merupakan gambar yang saya snap daripada frame video. Perhatikan gambar di bawah ini memperlihatkan pergerakan supercharge orb.
Hasil analisis ke atas video yang dibuat dari frame ke frame memperlihatkan ia adalah aktiviti paranormal kerana supercharge ini hilang secara tiba-tiba dan muncul pada lokasi lain yang memperlihatkan bahawa orb yang bergerak pada kelajuan yang tinggi mampu menghasilkan cahayanya sendiri.
Apa yang istimewa, semasa rakaman ini dibuat nampaknya saya sudah mendapat kepercayaan roh di kawasan ini selepas menjalankan beberapa kali kajian di kawasan ini dengan tujuan yang sekadar ingin mengetahui kewujudan dunia roh.
Hasil daripada kepercayaan ini maka nampaknya roh berkenaan berani mendekati saya semasa menjalankan kajian ini.
Hasil Analisis:
--------------------
Nampaknya apa yang istimewa adalah semasa waxing gibbous memperlihatkan bahawa dengan keadaan cuaca yang baik memperlihatkan aktiviti paranormal yang sangat aktif.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila tinggalkan komen anda dalam pautan komen.
Nota: Analisis ini telah direviu pada 17/03/2006 dan 2 keping image video telah dipadam kerana hasil kajian lanjut ia adalah hasil daripada pergerakan serangga.
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
16hb. Januari, 2006
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home