Jubli Park, SP: Kajian Paranormal 1 - Bahagian 1E
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.53 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.

Latar Belakang:
----------------------
Kenyataan hantu ada di mana-mana memang adalah tepat sekali. Untuk mengambil gambar roh berkenaan tidak semestinya perlu pergi jauh ke kawasan perkuburan malahan kawasan pusat rekreasi juga boleh menjadi tempat kajian.
Kajian pada kali ini masih di taman rekreasi Jubli Perak, Sungai Petani yang merupakan satu-satunya pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi yang terdapat di bandar. Tidak hairanlah apabila saya menjalankan kajian di tempat ini saya berjaya merakam kehadiran banyak roh dan tidak kurang juga orb dust. Kajian yang dibuat secara formal kali ini dijalankan sehari sebelum bulan baru yang sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian paranormal kerana tahap geomagnetik field yang bertambah semasa bulan penuh atau bulan baru. Dalam kajian ini saya berjaya merekod aktiviti paranormal dengan 24 keping gambar. Walau bagaimanapun, hasil analisis akan dipos secara berperingkat. – Analisis gambar ini adalah sambungan kajian paranormal bahagian 1E.
Gambar-gambar ini adalah satu bukti bahawa fikiran yang terbuka dan percaya bahawa roh wujud serta fikiran yang positif akan menarik tenaga positif juga. Berdasarkan kepada buku Dr. Dave Oester, Ghost Photography Handbook menyatakan bahawa fikiran yang positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa tumpuan yang tinggi terhadap apa yang kita laksanakan akan meningkatkan naluri dalaman sehingga mampu mengesan kehadiran roh.
Analisis:
------------
Gambar pertama ini diambil pada jam 7.47 yang bukan sahaja berjaya merakam multple orbs tetapi orb berkenaan sangat jelas.
Hasil analisis ke atas gambar ini dengan salah satu yang dianalisis di bawah mencadangkan bahawa orb-orb ini dalam proses pergerakan yang agak perlahan dengan kesan contrail yang akan pendek dan juga ia membebaskan tenaga yang dikenali sebagai acto.
Gambar yang kedua pula dirakam hampir berturut-turut apabila saya mengesan terdapat orb yang sangat jelas dirakam dalam gambar pertama. Perhatikan gambar yang dirakam di bawah. Malahan gambar yang kedua memperlihatkan peningkatan jumlah orb yang dirakam.
Hasil analisis memperlihatkan bahawa orb berkenaan berada pada lokasi yang berbeza dengan lebih dekat kepada jarak lens dan ciri-cirinya masih serupa iaitu terdapat contrail dan juga acto.
Gambar yang terakhir ini merupakan gambar yang dirakam pada jam 7.53 juga berjaya merakam orb pada bahagian yang telah ditandakan.
Hasil analisis mencadangkan bahawa orb yang dirakam pada gambar di bawah bukan contrail tetapi multiple orb berdasarkan kepada ciri-ciri di mana orb berkenaan kelihatan solid atau memiliki jasad.
Gambar di bawah pula memperlihatkan orb yang meninggalkan kesan contrail atau mungkin juga dalam proses perubahan bentuk.
Hasil Analisis:
--------------------
Rakaman gambar ini membuktikan bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
4hb. Januari, 2006
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home