Jubli Park, SP: Kajian Paranormal 1 - Bahagian 1D
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.45 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
-----------------------
Kenyataan hantu ada di mana-mana memang adalah tepat sekali. Untuk mengambil gambar roh berkenaan tidak semestinya perlu pergi jauh ke kawasan perkuburan malahan kawasan pusat rekreasi juga boleh menjadi tempat kajian.
Kajian pada kali ini masih di taman rekreasi Jubli Perak, Sungai Petani yang merupakan satu-satunya pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi yang terdapat di bandar. Tidak hairanlah apabila saya menjalankan kajian di tempat ini saya berjaya merakam kehadiran banyak roh dan tidak kurang juga orb dust. Kajian yang dibuat secara formal kali ini dijalankan sehari sebelum bulan baru yang sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian paranormal kerana tahap geomagnetik field yang bertambah semasa bulan penuh atau bulan baru. Dalam kajian ini saya berjaya merekod aktiviti paranormal dengan 24 keping gambar. Walau bagaimanapun, hasil analisis akan dipos secara berperingkat. – Analisis gambar ini adalah sambungan kajian paranormal bahagian 1D.
Gambar-gambar ini adalah satu bukti bahawa fikiran yang terbuka dan percaya bahawa roh wujud serta fikiran yang positif akan menarik tenaga positif juga. Berdasarkan kepada buku Dr. Dave Oester, Ghost Photography Handbook menyatakan bahawa fikiran yang positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa tumpuan yang tinggi terhadap apa yang kita laksanakan akan meningkatkan naluri dalaman sehingga mampu mengesan kehadiran roh.
Analisis:
------------
Gambar pertama ini dirakam pada jam 7.43 malam dan berjaya merakam orb yang sangat jelas.

Gambar di bawah merupakan gambar analisis orb berkenaan. Hasil analisis mencadangkan bahawa mungkin bertindih atau lebih daripada satu di mana terdapat orb yang agak kecil di bahagian depan dengan cahaya yang lebih terang berbanding orb yang terletak di bahagian belakang.

Gambar kedua ini diambil seminit kemudian yang berjaya merakam beberapa orb. Pada mulanya, saya fikir ia adalah orb dust tetapi hasil analisis menunjukkan bahawa orb berkenaan memiliki sifat yang legap dan terdapat acto pada bahagian tepi. Di samping itu, semasa gambar ini diambil tidak ada angin tetapi kelihatan orb berkenaan di dalam satu barisan menyusur jalan yang memperlihatkan human intelligence. Perhatikan orb pada bahagian yang ditanda dengan kotak.

Gambar di bawah pula merupakan orb yang terletak di bahagian depan hanya beberapa kaki di hadapan lens. Hasil analisis memperlihatkan orb ini adalah orb yang dijana oleh roh dan berada di bahagian tepi jalan seolah-olah tidak mahu bertembung.

Gambar di bawah pula adalah gambar yang dirakam pada jam 7.45 malam dan berjaya merakam orb yang terapung berdekatan dengan reban burung yang besar.

Hasil analisis menunjukkan bahawa orb ini merupakan orb yang dijana oleh roh kerana sifat adalah berbeza dengan orb persekitaran atau orb dust. Di mana. Orb ini memiliki bentuk yang konkrit dengan acto yang menyebabkan kabur pada bahagian tepi.
Gambar yang terakhir ini pula merupakan gambar yang dirakam pada jam 7.46 malam yang dengan begitu jelas. Gambar ini dirakam apabila saya mendengar seseorang sedang berjalan di belakang dan saya mengambil gambar ini sehingga orb ini jelas kelihatan.
Hasil analisis gambar ini menunjukkan bahawa orb ini berada dalam keadaan pegun. Tetapi, apa yang jelas bahawa ia adalah tenaga yang dijana oleh roh kerana ciri orb ini di samping orb ini bercahaya terang.
Hasil Analisis:--------------------
Rakaman gambar ini membuktikan bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar
Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.
2hb. Januari, 2006
++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

1 Comments:
Hi there Cikgu_Augustine, I am out searching for the latest information on parapsychology and found your site. Although this post wasn't exactly what I was looking for, it certainly got my attention and interest. I see now why I found your page when I was looking for parapsychology related information, and I'm glad I stopped by even though this isn't a perfect match. Great post, thanks for the read!
Post a Comment
<< Home