Sunday, January 01, 2006

Jubli Park, SP: Kajian Paranormal 1 - Multiple Ghost Orbs.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.45 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Gambar ini adalah salah satu bukti bahawa fikiran yang terbuka dan percaya bahawa roh wujud serta fikiran yang positif akan menarik tenaga positif juga. Berdasarkan kepada buku Dr. Dave Oester, Ghost Photography Handbook menyatakan bahawa fikiran yang positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa tumpuan yang tinggi terhadap apa yang kita laksanakan akan meningkatkan naluri dalaman sehingga mampu mengesan kehadiran roh.

Pada mulanya saya ragu-ragu bahawa orb yang terdapat di dalam gambar ini bukan orb yang dijana oleh roh kerana dalam buku Dr. Dave menyebut orb yang dijana oleh roh tidak pernah terlalu banyak dan berlapis. Tetapi, berdasarkan kepada analisis yang saya buat saya percaya gambar berkenaan juga merupakan orb yang di jana oleh roh. Untuk mendapatkan kepastian, saya telah menghantar gambar ini kepada Dr. Dave untuk mendapatkan pandangan pada 30hb. Disember, 2005 dan saya telah menerima jawapan beliau pada 01hb. Januari 2006 seperti yang berikut:-

“Generally we never see multiple ghost orbs, in this case, I would tend to agree with you as these orbs have form and substance, which dust orbs do not.” – Dave.

Ruj: Dr. Dave Oester, 01/01/2005. Personal Communication. (E-Mel dengan kepala – Orbs: Ghost or Dust? )

Analisis:
------------

Gambar ini sebenarnya gambar yang telah dizoom di mana lokasi sebenar gambar ini dirakam adalah berdekatan dengan jambatan di bawah pokok yang sering menjadi tempat berteduh serta tempat perkelahan sesetengah keluarga.

Di dalam gambar ini terdapat banyak orb yang dijana oleh roh sehingga kelihatan seperti orb dust tetapi yang membezakan orb berkenaan mempunyai ciri seperti yang dimiliki oleh orb yang dijana oleh tenaga roh.

Sebagai contras, saya telah menganalisis salah satu daripada orb berkenaan seperti yang dibawah dan ternyata orb berkenaan mempunyai acto yang dilepaskan sehingga kawasan sekeliling orb berkenaan menjadi kabur dan ia kelihatan bersinar di mana pandangan Dr. Dave orb-orb ini mempunyai bentuk dan juga memiliki ciri fizikal.Hasil Analisis:
--------------------
Rakaman gambar ini membuktikanya bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar.


Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

1hb. Januari, 2006

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.