Sunday, January 01, 2006

Jubli Park, SP: Kajian Paranormal 1 - Bahagian 1C

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani.
Date: 30hb. Disember, 2005 @ 7.13 – 7.45 P.M
Camera: Canon EOS350D @ ISO1600


MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Kenyataan hantu ada di mana-mana memang adalah tepat sekali. Untuk mengambil gambar roh berkenaan tidak semestinya perlu pergi jauh ke kawasan perkuburan malahan kawasan pusat rekreasi juga boleh menjadi tempat kajian.

Kajian pada kali ini masih di taman rekreasi Jubli Perak, Sungai Petani yang merupakan satu-satunya pusat rekreasi berasaskan alam semula jadi yang terdapat di bandar. Tidak hairanlah apabila saya menjalankan kajian di tempat ini saya berjaya merakam kehadiran banyak roh dan tidak kurang juga orb dust. Kajian yang dibuat secara formal kali ini dijalankan sehari sebelum bulan baru yang sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk menjalankan kajian paranormal kerana tahap geomagnetik field yang bertambah semasa bulan penuh atau bulan baru. Dalam kajian ini saya berjaya merekod aktiviti paranormal dengan 24 keping gambar. Walau bagaimanapun, hasil analisis akan dipos secara berperingkat. – Analisis gambar ini adalah sambungan kajian paranormal bahagian 1C.

Gambar-gambar ini adalah satu bukti bahawa fikiran yang terbuka dan percaya bahawa roh wujud serta fikiran yang positif akan menarik tenaga positif juga. Berdasarkan kepada buku Dr. Dave Oester, Ghost Photography Handbook menyatakan bahawa fikiran yang positif akan menjana tenaga positif yang menarik tenaga positif daripada roh. Dalam buku ini juga menyatakan bahawa tumpuan yang tinggi terhadap apa yang kita laksanakan akan meningkatkan naluri dalaman sehingga mampu mengesan kehadiran roh.

Analisis:
------------
Gambar pertama ini dirakam pada jam 7.40 malam dan gambar ini bukan sahaja berjaya merakam orb tetapi juga berjaya merakam apparition seorang kanak-kanak perempuan.
Gambar di bawah adalah 2 gambar yang telah dizoom dan dianalisis melalui colour enhancement untuk melihat dengan lebih jelas apparition berkenaan. Hasil daripada analisis ini, gambar berkenaan mencadangkan bahawa kanak-kanak ini adalah kanak-kanak perempuan yang sedang berdiri berdekatan dengan sebuah tong sampah.Gambar di bawah pula merupakan gambar orb yang berjaya dirakam. Orb ini berjaya dirakam hasil daripada fikiran positif kerana Dr. Dave menyebut bahawa fikiran yang positif akan menjana tenaga posifit yang menarik perhatian tenaga positif. Malahan, dipercayai bahawa roh berkenaan mengetahui tujuan kita kerana mereka mampu membaca minda kita. Perhatikan orb yang berdekatan dengan lens kamera memperlihatkan orb berkenaan membebaskan banyak tenaga sehingga kelihatan bersinar dan demikian juga orb yang terletak agak jauh ke belakang.Gambar yang seterus ini dirakam pada jam 7.41 di bahagian hujung jambatan yang juga berjaya merakam beberapa orb yang aktif.Perhatikan gambar orb di bawah yang dianalisis dari atas pokok. Orb ini kelihatan pegun atau mungkin bergerak pada tempat yang sama sehingga kelihatan contrail pada bahagian kiri-kanan. Namun, orb ini merupakan orb yang dijana oleh roh berdasarkan bahagian tengah yang legap di samping bahagian tepi yang kabur akibat daripada pelepasan tenaga dalam bentuk asap yang dikenali sebagai actoplasm.Gambar orb yang seterus adalah dari bahagian atas jambatan yang kelihatan bersinar. Hasil analisis menunjukkan bahawa orb ini adalah orb yang dijana oleh roh. Sungguhpun, jarak lens dengan orb ini hanya sekitar 8 kaki tetapi orb berkenaan kelihatan sangat kecil yang memungkinkan orb berkenaan milik roh seorang kanak-kanak.Manakala orb di bawah kelihatan agak transpiran terutama sekali pada bahagian sebelah kanan. Tetapi, orb ini juga merupakan orb yang dijana oleh tenaga daripada roh di mana bahagian yang kabur transpiran ini adalah contrail kerana jika dilihat orb ini kelihatan solid atau legap dan bahagian tepi adalah kelihatan kabur dengan asap actoplasm.Gambar di bawah ini adalah gambar yang diambil disebelah hujung jambatan juga berjaya merakam orb. Kedua-dua gambar ini telah dirakam dalam perantaran beberapa saat sahaja kerana saya mendapati dalam rakaman pertama saya mengesan orb.Gambar di bawah adalah orb pertama yang berjaya dirakam memperlihatkan bahawa orb ini kelihatan pegun tetapi jelas kelihatan acto yang dibebaskan dan demikian juga orb yang seterusnya.Gambar di bawah telah dirakam beberapa saat kemudian selepas gambar di atas dirakam apabila saya mendapati terdapat rakaman orb tetapi dalam gambar kedua ini jelas kelihatan bahawa orb yang dirakam telah beralih agak jauh ke belakang.
Di bawah adalah hasil analisis orb di dalam gambar di atas yang menunjukkan ia kelihata agak jauh. Sungguhpun demikian, orb berkenaan masih mempunyai ciri yang sama seperti ciri orb yang dijana oleh tenaga roh atau hantu.
Hasil Analisis:
--------------------
Rakaman gambar ini membuktikan bahawa kawasan yang sering didatangi oleh seseorang semasa hayatnya akan kembali pada tempat yang sama apabila ia meninggal dan rakaman ini membuktikan kenyataan yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji sebelum di barat.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar


Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

1hb. Januari, 2006

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR

The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.