Sunday, January 15, 2006

Ghostly Orb - Perkuburan Cina/India

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Perkuburan India/Cina Sg. Petani.
Date: 13hb Januari, 2006 @ 9.52 P.M
Camera: Canon EOS350D

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------

Gambar yang dianalisis pada kali ini merupakan gambar yang telah dirakam semasa saya menjalankan kajian paranormal di kawasan perkuburan. Walau bagaimanapun, dalam kajian kali ini tumpuan saya ialah rakaman video dan saya hanya mengambil beberapa keping gambar digital.

Walau bagaimanapun, selain daripada orb yang dijana oleh roh saya juga merakam orb dust yang banyak tetapi ia bukan orb yang dijana oleh roh melainkan debu-debu yang berterbangan.

Analisis:
------------

Gambar di bawah ini merupakan satu-satunya gambar yang dirakam berjaya merakam orb yang dijana oleh roh semasa saya menyedari terdapat seseorang sedang bergerak-gerak sehingga kedengaran ranting kayu patah dipijak.Gambar di bawah ini merupakan analisis orb berkenaan dan jelas bahawa orb ini merupakan orb yang dijana oleh roh berdasarkan kepada ciri-ciri yang kelihatan bulat, terdapat substance dan juga pelepasan acto pada bahagian tepi yang memperlihatkan ciri-ciri orb yang dijana oleh roh.Hasil Analisis:
--------------------

Gambar ini hanyalah sebahagian daripada hasil penyelidikan yang telah dibuat di kawasan perkuburan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, hasil rakaman video memang sangat menakjubkan dengan rakaman video selama 25 minit saya berjaya memperolehi aktiviti paranormal yang dirakam dalam purata waktu selama 16 minit.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila tinggalkan komen anda dalam pautan komen.


Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

15hb. Januari, 2006

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:
  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.