Monday, January 23, 2006

Aktiviti Paranormal Sekolah: Supercharge Orb Images.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Sekolah Rendah ( Undisclosed Location )
Date: 14hb Januari, 2006 @ 9.00-10.00P.M
Camera: Sony Camcorder DCR-TRV27E

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------

Gambar yang akan saya kongsikan pada kali ini merupakan gambar yang telah diambil semasa saya menjalankan kajian paranormal secara rasmi di sebuah sekolah rendah di kawasan Sg. Petani.

Kajian paranormal yang dijalankan pada kali ini telah dijalankan semasa full moon dengan cuaca yang sangat baik. Hasil daripada kajian ini, mencadangkan bahawa terdapat kawasan khusus yang aktif dengan aktiviti paranormal di kawasan sekolah ini. Imej yang dipaparkan pada kali ini adalah imej yang disnap semula daripada frame rakaman video.

Analisis:
------------

Imej yang dipaparkan di bawah ini merupakan siri gambar daripada rakaman video yang memperlihatkan kewujudan aktiviti roh di kawasan sekolah.

Imej-imej ini memperlihatkan tentang bagaimana aktiviti roh yang sangat aktif di kawasan sekolah ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan bentuk yang dirakam dengan video ini adalah dalam bentuk supercharge orb dan orb in motion.Apa yang istimewa dengan penggunaan video sebagai alat perakam untuk mendokumentasikan kewujudan roh, roh mampu menjana tenaga dan menghasilkan cahaya.Oleh yang demikian, apabila anda memerhati rakaman video yang berjaya mendokumentasikan aktiviti roh dalam bentuk supercharge orb dan orb in motion, roh berkenaan akan muncul secara tiba-tiba dan hilang begitu sahaja.

Hasil Analisis:
--------------------

Nampaknya apa yang istimewa adalah semasa full moon memperlihatkan bahawa dengan keadaan cuaca yang baik memperlihatkan aktiviti paranormal yang sangat aktif.

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila tinggalkan komen anda dalam pautan komen.

Nota: Analisis ini telah direviu semula pada 17/03/2006 dan 2 keping image telah dipadam hasil analisis lanjutan membuktikan terdapat 2 keping gambar yang terhasil daripada pergerakan serangga.


Augustine Towonsing
Malaysian Ghost Research – Associated IGHS Club.

23hb. Januari, 2006

++++++++++++++++++++++++++
Related Links / Other Links:
Malaysian Ghost Research Journal – Research Journal for MGR
The Eyes -- Collections of photos through photographing
The Mystery – My Paranormal Research Files.
Compilation Of Nature And Ghost Photos – High Resolution Pictures For Download.

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Klik link berikut sama ada untuk PERHMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI atau untuk PERMOHONAN LANGGANAN BERITA BERKALA.
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.