Spooky Spirit Image!
Location: Perkuburan Kristian, Sg. Petani, Kedah
Date: 18hb. September, 2005 @ 10.22 P.M
Camera: Videocam Sony DCR TRV27E
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Gambar yang saya akan kongsikan kali ini adalah gambar yang diambil daripada imej video kamera yang memperlihatkan evolusi cemetery spirit yang bertukar daripada supercharge orb kepada vortex. Rakaman video ini telah dibuat semasa bulan penuh yang dibuat pada malam yang sama semasa rakaman video di Taman Jubli Perak.
Analisis:
------------
Perhatikan bagaimana evolusi spirit yang boleh bertukar rupa dalam sekelip mata. Daripada supercharge orb bertukar kepada bentuk spooky di mana evolusi ini memperlihatkan bentuk hampir kepada manusia iaitu kelihatan terdapat 2 tangan dengan badan.
Perhatikan secara dekat pembentukan rupa lain cemetery spirit ini. Kebolehan ini dikaitkan dengan istilah disimbodied soul atau roh tanpa tubuh. Oleh kerana spirit atau roh ini berada dalam bentuk tenaga maka perubahan rupa bentuk ini akan lebih ketara semasa kejadian geomagnetic field berada pada tahap maksimum khasnya semasa kejadian bulan penuh. Walau bagaimanapun, spooky imej ini tidak kelihatan dengan mata kasar melainkan roh itu sendiri membenarkan dirinya dilihat dengan mata kasar. Imej ini telah dizoom sehingga 200%
Hasil Analisis:
--------------------
Pendapat sesetengah orang yang menyatakan bahawa roh atau hantu adalah berupa manusia adalah tidak tepat kerana roh dalam bentuk tenaga tidak memiliki tubuh fizikal. Walau bagaimanapun, mengikut kajian-kajian awal oleh pengkaji-pengkaji paranormal menyebut bahawa roh orang yang baru meninggal biasanya kelihatan menyerupai manusia biasa kerana mendapat kejutan akibat daripada perpindahan dari alam manusia ke alam roh. Fenomena ini juga terjadi kerana kualiti sebagai manusia biasa masih dikekalkan kerana belum biasa berada di alam baru di mana pada peringkat awal perpindahan ini dipercayai bahawa roh berkenaan akan kembali menghubungi saudara mara serta kawan-kawannya sebelum meneruskan hidup sebenar di alam lain.
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.
07hb. Disember, 2005
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home