Saturday, December 10, 2005

Orb Misteri Di Atas Bumbung Rumah.

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Private Houses, Sg. Petani, Kedah.
Date: 10hb. Disember, 2005 @ 10.35 Pagi
Camera: Canon EOS350D

MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi Penyelidikan Hantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Gambar ini telah dirakam semasa saya bersiar-siar tadi pagi melalui beberapa buah rumah yang terletak di Taman Desa Jaya. Saya mengambil gambar ini sekadar untuk mengambil sahaja bukan untuk tujuan membuat kajian tetapi secara kebetulan.

Selepas gambar dipindahkan ke dalam komputer saya dapati terdapat objek yang kelihatan aneh yang memerlukan analisis lanjutan.

Analisis:
------------
Dalam gambar di bawah terdapat dua bahagian yang didapati merekodkan dua objek anomalis pada bahagian yang ditandakan. Perhatikan gambar di bawah.

Bahagian ini terdapat rekod memperlihatkan objek yang dikenali sebagai orb tetapi kemungkinan dalam ovulasi daripada charge mist kepada orb atau daripada orb kepada charge mist. Tetapi, saya berpendapat berdasarkan gambar yang direkod saya percaya proses ovulasi ini adalah daripada charge mist kepada orb.

Bahagian ini pula memperlihatkan orb motion yang memperlihatkan contrail di bahagian belakang. Kemungkinan juga orb ini terdapat 2 orb yang berbeza yang bergerak selari yang meninggalkan contrail.

Hasil Analisis:
--------------------
Gambar ini membuktikan bahawa roh berada di mana-mana. Dalam kes ini, saya percaya bahawa orb ini mempunyai kaitan dengan penghuni di dalam rumah di mana orb ini dirakam.

Saya teringat Dr. Dave membuat sudutan tentang Henry Wadsworth Longfellow (1807-1882) "All houses in which men have lived and died are haunted houses: through the open doors the harmless phantoms on their errands glide with feet that make no sounds upon the floors." Kenyataan ini mungkin mempunyai keterangan mengapa orb in berada di sini.


Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.


10hb. Disember, 2005

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.