Hasil Kajian Di Jubli Perak, Sg. Petani.
Location: Taman Jubli Perak, Sg. Petani, Kedah.
Date: 18hb. September, 2005
Camera: Canon EOS888
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Dalam kajian kali ini, saya akan kongsikan hasil analisis gambar-gambar yang telah dirakam di dalam pesta Tanglung yang diadakan di Taman Jubli Perak. Sebenarnya saya bercadang buat analisis gambar-gambar ini bersama dengan rakaman video yang dibuat pada malam berkenaan tetapi kerana kesilapan, saya terpadam video dan kebetulan pula tidak mempunyai backup.
Gambar-gambar ini diambil dengan menggunakan tripod dengan setting kelajuan lens shut 3/60 saat. Gambar-gambar yang diperolehi di dalam pesta ini secara peribadi saya dapati sesuatu yang amat misteri.
Analisis:
------------
Gambar pertama ini boleh dikatakan telah merekodkan 90% aktiviti paranormal. Dalam gambar ini anda boleh melihat pada sebelah kiri terdapat ecto berwarna oren, orb motion, wajah misteri seorang wanita dan kaki tanpa tubuh. Secara keseluruhan terdapat satu alur cahaya memancang yang kelihatan seolah-olah berpunca daripada tanglung yang dipegang oleh kanak-kanak lelaki berkenaan. Tetapi, apa yang menjadi misteri di sini ialah cahaya misteri ini hanya kelihatan berpunca hanya satu sumber. Analisis lanjut daripada gambar ini mencadangkan bahawa alur cahaya misteri ini adalah orb motion. Persoalan lain ialah siapa pemilik kaki tanpa tubuh ini?

Dalam gambar di atas, terdapat satu lapisan asap berwarna oren yang dikenali sebagai ecto mist. Ecto ini sebenarnya dikaitkan dengan aktiviti paranormal.

Jika diperhatikan dengan lebih dekat tapak kaki tanpa tubuh ini kelihatan tidak memakai kasut atau selipar dan kaki tanpa tubuh ini membuktikan bahawa ia bukan milik manusia biasa melainkan dari alam lain.
Imej ini adalah paling istimewa yang memperlihatkan wajah misteri seorang wanita. Mungkin dengan wajah yang kelihatan agak luar biasa ini ramai menganggap ia adalah hantu. Memang benar ia adalah hantu tetapi lebih tepat sebagai roh yang memperlihatkan kualiti emosinya.
Gambar kedua ini pula telah merakam fenomena dimensional transition, apparitions dan transpirans image. Perhatikan kepala kanak-kanak lelaki yang hampir menjadi transpirans sehingga objek di bahagian belakang kelihatan.
Jika diperhatikan, kepala budak ini kelihatan transpiran. Fenomena ini dikenali sebagai dimensional transition atau satu fenomena di mana dimensi dunia fizikal bertindan dengan dunia alam roh.
Jika anda perhatikan budak lelaki yang kelihatan transpirans ini memperlihatkan persamaan dengan kanak-kanak lelaki yang kepalanya berada pada tahap dimensional transition yang memungkinkan ada perkaitan. Namun, apa yang jelas di sini, didapati bahawa budak lelaki transpiran ini memiliki tubuh yang lebih besar dan juga memakai baju T-Shirt yang lebih panjang hampir paras lutut. Adalah tidak masuk akal jika kanak-kanak lelaki mampu berubah kedudukan dalam masa 3 saat.
Imej yang ketiga dalam analisis ini ialah kelihatan sekelompok penari di bahagian ini. Tetapi, apa yang menjadi persoalan ialah imej ini kelihatan lebih kecil daripada biasa padahal jika dilihat bahawa ‘mereka’ ini kelihatan sekurang-kurang berumur lebih daripada 14 tahun. Penampakan ini mencadangkan bahawa imej ini adalah aktiviti paranormal. Analisis lanjut menunjukkan bahawa imej ini memperlihatkan tarian singa tetapi semasa gambar ini dirakam memang ditempat ini tidak ada pertunjukkan tarian singa dan perhatikan juga orang sekitar tidak menyedari kewujudan kelompok penari ini.
Gambar ketiga ini juga memperlihatkan gambar yang merekodkan ecto mist, dimensional transition dan juga kaki tanpa tubuh. Persoalannya bagaimana kaki ini dirakam, adalah terlalu sukar untuk diterima bahawa wujud manusia tanpa tubuh kecuali aktiviti paranormal.
Jika diperhatikan dengan lebih dekat analisis ke atas kaki tanpa tubuh ini membuktikan bahawa ia adalah suatu fenomena tentang bukti kewujudan dimensi lain yang hampir menyerupai atau berada dalam dimensi kita.

Jika diperhatikan imej wanita ini kelihatan menjadi transpiran tetapi pada bahagian kaki adalah biasa. Fenomena ini dikenali sebagai dimensional transition iaitu berlaku pertindihan di antara dunia fizikal dengan alam roh dalam satu sempadan yang hanya berlaku semasa geomagnetic field berada pada tahap paling tinggi.
Hasil Analisis:
--------------------
Sebenarnya, pada peringkat permulaan saya menganggap gambar ini disebabkan oleh kamera tetapi gambar ini diambil dengan tripod yang pastinya tidak berlaku gegaran. Persoalan ini memaksa membuat kajian lanjut dan juga memaksa saya menghubungi orang pakar Dr. Dave yang menyatakan bahawa dimensional transitions dan full human apparitions hanya berlaku semasa geomagnetic field berada pada tahap maksimum.
Melalui kajian ini membuktikan bahawa wujud dimensi lain yang menjadi tempat di mana roh ini berada. Overlaping yang dirakam di dalam gambar ini terjadi pada masa tertentu sahaja iaitu semasa berlaku geomagnetic field yang berada pada tahap paling tinggi kerana jumlah tenaga yang tinggi ini dapat membantu roh memanipulasikan jumlah tenaga sehingga membolehkan roh berkenaan dilihat atau dirakam di dalam foto.
Kajian ini juga membuktikan bahawa hantu tidak menakutkan. Jika diperhatikan melalui gambar ini, memperlihatkan hantu atau lebih tepat dipanggil sebagai roh ini adalah soul remainder yang wujud selepas seseorang meninggal dan roh ini berada di antara orang ramai di dalam pesta.
Untuk itu, saya telah menggunakan perisian QuickPhase Pro untuk melihat sama ada benar bahawa pada masa gambar ini dirakam adalah full moon. Hasilnya adalah benar bahawa tarikh berkenaan adalah bulan penuh.
Maklumat lanjut mengenai fenomena ini sila baca artikel dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh Dr. Dave : www.ghostweb.com/parallel.htmlJika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.
05hb. Disember, 2005
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home