Hasil Analisis Penyelidikan Bukit Hijau!
Picture by: Augustine Towonsing
Location: Bukit Hijau, Baling, Kedah
Date: 22-24hb. September, 2005
Camera: Canon EOS888 / Videocam Sony DCR TRV27E
MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Latar Belakang:
----------------------
Dalam kajian kali ini, saya akan analisis beberapa keping gambar yang diperolehi dalam perkhemahan di Bukit Hijau dan juga gambar daripada rakaman video. Lokasi kawasan rekreasi ini terletak lebih kurang 60 KM dari Bandar Sg. Petani dan merupakan kawasan hutan yang terkenal sebagai pusat rekreasi.
Dalam Analisis kajian kali ini memaparkan beberapa misteri termasuk peserta misteri dalam perkhemahan dan juga rakaman video. Sungguhpun, dalam rakaman solo yang saya buat pada malam terakhir di kawasan rekreasi tidak merakam apa-apa tetapi gambar yang telah dirakam berjaya merakam apa yang dikenali sebagai roh haiwan. Walaupun ramai pelajar yang mengikuti perkhemahan ini menyatakan melihat apparition hantu semasa aktiviti ‘solo camping’ pada jam 12.00 – 2.00 pagi tetapi semasa saya pergi membuat rakaman tidak ada yang saya rakam. Mungkin disebabkan ketiadaan lampu luaran kamera.
Analisis:
------------
Gambar yang ditunjukkan di bawah merupakan gambar yang diambil pada malam pertama semasa taklimat. Dalam gambar ini telah merakam objek anomalis yang dikenali sebagai orb. Perhatikan pada bahagian yang bertanda merah dan analisis yang telah dibuat.

Gambar yang kedua ini diambil semasa makan malam di khemah mana bersama pasukan tentera yang menjadi juru latih dalam perkhemahan. Dalam gambar ini memperlihatkan misteri yang luar biasa dan juga telah merakam objek anomalis berupa tali yang dikenali sebagai orb motion yang meninggalkan contrail pada bahagian ekor.

Gambar yang ketiga ini dirakam semasa malam terakhir dalam persembahan kebudayaan. Perhatikan bahagian yang bertanda merah memperlihatkan peserta misteri dalam perkhemahan. Dalam kajian lanjut yang telah saya buat melalui temu bual para pelajar yang duduk di bahagian ini menyatakan bahawa memang tidak ada orang yang duduk di bahagian ini dan ternyata selepas saya menjalankan ujian virtual forensik yang mendapati bahawa wajah kedua-dua peserta misteri ini sukar dikenal pasti.

Gambar di bawah ini pula merupakan gambar yang diambil daripada frame video yang telah merakam apparition hantu berkepala botak. Malahan penampakan misteri ini bukan sahaja menjadi misteri di Bukit Hijau tetapi juga menjadi persoalan apabila sekali lagi telah dirakam semasa jamuan Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di sekolah. Analisis lanjut memperlihatkan objek yang berada di tepi sebelah kiri gambar ini memperlihatkan wajah misteri yang berkepala botak.

Gambar ini pula merupakan gambar yang diambil semasa aktiviti BBQ yang dijalankan di tepi sungai. Sungguhpun, tidak ada yang dilihat dengan mata kasar dan saya tidak menjalankan rakaman video tetapi gambar ini telah merakam wajah misteri seorang lelaki. Perhatikan analisis yang dibuat di bawah.
Gambar di bawah ini pula merupakan gambar yang diambil pada jam 12.38 tengah malam semasa saya menjalankan rakaman solo. Oleh kerana kawasan semak ini terlalu gelap dengan kehadan ketiadaan lampu luaran kamera video memaksa saya mengambil gambar kawasan semak ini semasa kedengaran bunyi misteri. Hasil daripada analisis yang saya buat mendapati bahawa gambar ini telah merakam penampakan roh haiwan menyerupai gajah dan juga monyet. Perhatikan gambar analisis di bawah.


Hasil Analisis:
--------------------
Hasil daripada analisis yang telah dijalankan ke atas gambar dan rakaman video yang telah dibuat di Bukit Hijau membuktikan bahawa terdapat aktiviti paranormal di kawasan ini dan hasil kajian ini juga membuktikan bahawa haiwan memiliki roh yang mengesahkan hasil penyelidikan penyelidik-penyelidik barat.
Kajian lanjut yang lebih terperinci telah saya buat dalam bentuk Video yang melibatkan beberapa perbandingan dan analisis – Video akan diterbitkan dalam sedikit masa lagi!
Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.
Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.
03hb. Disember, 2005
KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.
Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.
Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:
- Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.
- Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.
- Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home