Tuesday, December 06, 2005

Gambar 'Rosak' Membawa Mesej Misteri!

Picture by: Augustine Towonsing
Location: Bukit Hijau, Baling, Kedah.
Date: 23
hb. September, 2005 @ 8.30P.M
Camera: Canon EOS888



MGRS - Malaysian Ghost Research Society – MISI
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Melalui laman web rasmi PenyelidikanHantu sebagai tapak utama perkongsian hasil penyelidikan tentang kewujudan kehidupan selepas mati. Misi utama adalah memberi pendidikan dan juga mengubah persepsi masyarakat tentang dunia misteri ini melalui penyelidikan saintifik dengan menggunakan kamera digital, filem, Kamera Video dan juga rakaman audio.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Latar Belakang:
----------------------
Gambar ini merupakan salah satu gambar yang sebelum ini saya anggap sebagai ‘gambar rosak’. Walau bagaimanapun, apabila saya mendapat pengetahuan mengenai dimensi lain yang selari dengan dimensi kita dan selepas membuat kajian lanjutan ke atas gambar ini sebenarnya gambar ini mempunyai nilai pengetahuan yang tidak ternilai. Gambar ini sebenarnya telah merakam dimensi lain yang bertindan dengan dimensi semasa. Saya percaya bahawa dimensi lain ini mungkin sedang berlangsung dalam masa yang sama atau mungkin juga kejadian yang pernah berlaku di alam lain yang telah direkodkan di dalam gambar foto.

Berdasarkan kepada gambar analisis mencadangkan bahawa wajah misteri yang bertindan dengan dimensi semasa memperlihatkan wajah-wajah misteri ini sezaman dengan kita. Walau bagaimanapun, terdapat juga wajah misteri yang direkod mungkin berada dalam zaman semasa penjajahan atau zaman beribu tahun dahulu.

Analisis:
------------

Sepintas lalu, jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai fenomena duplikasi dimensi yang hampir maka anda akan menyatakan bahawa gambar ini rosak. 80 – 90% gambar ini merekodkan fenomena paranormal.

Perhatikan gambar di bawah, gambar ini memperlihatkan pertendehan dua dimensi yang berbeza. Dalam dimensi semasa (Dimensi Fizikal) pelajar yang duduk di bahagian ini adalah pelajar melayu dan mereka memandang ke arah jurulatih. Dimensi lain yang direkod (Alam Roh) memperlihatkan wujud wajah misteri berwarna hitam yang mempunyai usia yang mungkin sama dengan pelajar ini. Kajian lanjut yang dibuat, selepas dizoom didapati bahawa wajah misteri ini muncul berwarna gelap tetapi tubuh tidak kelihatan. Gambar juga mencadangkan bahawa wajah misteri ini dari keturunan cina.

Perhatikan bahagian ini yang memperlihatkan pelajar ini sedang tunduk ke hadapan (memakai kopiah). sekarang perhatikan imej yang bertindan dari dimensi lain yang tunduk tetapi kelihatan lebih ke hadapan dan tidak memakai topi. Analisis lanjut dari zoom sehingga 350% yang saya lakukan, imej bahagian ini kelihatan wajah yang berbulu menyerupai monyet. Saya berpendapat ianya bukan monyet tetapi merupakan manusia zaman batu di mana imej di bahagian belakang sedikit memperlihatkan wajah yang lebih mirip kepada manusia purba yang tinggal di kawasan hutan dan gua.

Perhatikan bahagian yang dibulat dengan bulatan kuning. Jika diperhatikan di sini terdapat wajah misteri yang memperlihatkan wajah seseorang yang dari segi usia adalah lebih tua berbanding dengan pelajar yang duduk di bahagian ini. Gambar juga mencadangkan bahawa lelaki ini memakai kain putih untuk membalut kepala yang biasanya dipakai oleh pejuang melayu semasa zaman penjajahan Inggeris. Di bahagian belakang kelihatan seseorang yang memakai topi tentera yang biasa digunakan semasa zaman penjajahan.

Perhatikan pula bahagian yang telah ditandakan dengan kotak segi empat berwarna merah. Sekilas pandang kelihatan gambar ini rosak tetapi sebenarnya fenomena yang wujud di sini juga disebabkan oleh pertindihan dua dimensi yang berbeza di mana dimensi yang lebih dominan ialah dimensi dari alam lain yang menyebabkan dimensi semasa tidak dapat dilihat dengan jelas.

Perhatikan gambar di bawah, imej lelaki ini memperlihatkan seorang lelaki yang memiliki rambut ikal dan kemungkinan berketurunan India sedang dalam proses ritual. Walau bagaimanapun, bagaimana terjadi bayangan yang banyak daripada imej lelaki misteri ini adalah satu misteri. Apa yang pasti dalam dimensi semasa lelaki misteri ini tidak wujud ketika saya mengambil gambar ini. Untuk mengadili situasi ini saya minta anda sendiri menjadi pengadilnya.

Hasil Analisis:
--------------------
Gambar ini bukan sahaja memberi kita maklumat tentang aktiviti alam lain tetapi juga membuktikan bahawa alam lain ini merupakan duplikasi yang sama atau paling hampir dengan dimensi di mana kita berada. Dalam gambar ini, saya berpendapat sekurang-kurangnya 5 dimensi masa yang berbeza telah direkod di dalam gambar ini yang telah direkod dalam satu frame waktu. Iaitu dimensi sebenar semasa pelajar ini sedang makan malam, dimensi kedua kewujudan 'pelajar cina misteri', dimensi ketiga 'Pejuang Zaman Penjajahan', dimensi keempat kewujudan lelaki yang berdiri di kalangan pelajar yang berbaris mungkin juga sebahagian adalah roh dari dunia paranormal dan dimensi terakhir iaitu gambaran lelaki sedang menjalankan ritual. Dimensi ini ada dari dimensi lepas dan mungkin ada yang bakal terjadi di lokasi yang sama.

Mungkin dengan satu frame waktu ini memberikan maklumat tentang kejadian yang pernah berlaku di lokasi yang sama dalam waktu yang berbeza. Dr. Dave menyebut bahawa 'Scientists have now confirmed the existence of at least eleven other dimensions'. Kenyataan bahawa wujud sekurang-kurangnya 11 dimensi lain yang wujud bersama dengan dimensi di mana kita berada membuktikan bahawa kenyataan ini ada kebenaran. Mungkin gambar ini membuktikan kenyataan ini kerana peralatan kamera dan video kamera adalah peralatan sains dan dimensi di sini merujuk kepada ruang waktu. Cuba anda bayangkan jauh mana alam lain yang kita harus seberangi apabila kita mati?

Maklumat lanjut mengenai fenomena ini sila baca artikel dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh Dr. Dave : www.ghostweb.com/parallel.html

Jika anda ada komen lain atau pandangan tentang gambar ini sila hantar komen anda di dalam komen.

Cikgu Augustine Towonsing
Penyelidik .
Malaysian Ghost Research.


06hb. Disember, 2005

KEAHLIAN DI DALAM MGRS ADALAH PERCUMA:
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika anda tidak mempunyai masa untuk melihat perkembangan hasil penyelidikan terkini, daftar sebagai ahli supaya anda akan mendapat berita terkini mengenai hasil penyelidikan terkini.

Untuk menjadi ahli anda hanya perlu mendaftar di dalam Yahoo dan dapatkan alamat e-mel anda dan anda layak menjadi ahli MGRS.

Untuk mendaftar menjadi ahli sila gunakan pintasan di sebelah kanan Menu.
Faedah anda menjadi ahli:

  1. Anda boleh menghantar gambar anda untuk dianalisis dan dipos ke tapak web untuk dikongsi.

  2. Membincangkan dan bertukar pandangan tentang isu-isu yang timbul dalam penyelidikan.

  3. Memanfaatkan perkongsian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan tentang aktiviti paranormal dan juga teknologi yang berkaitan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

©2005 - 2006. Augustine Towonsing. All rights reserved. Malaysian Ghost Research - Associated IGHS Club.